Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 24, 2025 @ 2:38pm

Sah Cerai Talak Satu Buat Kali Kedua, Diana Danielle & Farid Kamil Saling Bersalaman

Pasangan pelakon popular, Diana Danielle dan Farid Kamil akhirnya menemui kata putus apabila ikatan perkahwinan yang dibina selama 13 tahun terlerai.

Keputusan itu dinokhtahkan hari ini, apabila kedua-duanya sepakat mengakhiri perkahwinan mereka dengan perceraian talak satu buat kali kedua di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Menurut peguam yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, Jawatakuasa Pendamai (JKP) tidak dibentangkan harini kerana kedua-duanya sepakat untuk berpisah secara baik.

“JKP harini tidak dibentangkan sebab keputusan telah dibuat untuk melepaskan cara baik dan tiada keperluan untuk baca laporan tersebut.

“Dan hakim pun tak baca tadi. Jadi terus kepada permohonan asal untuk melepaskan cara baik,” katanya.

Manakala, Farid ketika disoal mengenai keputusan perceraiannya hari ini memaklumkan, dia bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.

Sekaligus mengucapkan terima kasih kepada bekas isterinya itu.

“Bulan puasa yang penuh barakah ini saya mohon semuanya selesai cara baik dan saya ucapkan terima kasih kepada Diana kerana memahami situasi dan dia boleh fokus pada masa depan anak-anak.

“Dan apa yang terbaik pada hari ini adalah apa yang berlaku pada hari ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, apa yang mengejutkan, Farid dan Diana sempat berbual dan bersalaman buat kali terakhir sebagai tanda perpisahan.

Terdahulu, pada 21 Januari lalu, Farid Kamil atau nama sebenar Farid Kamil Zahari, 43, melantik peguam sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi sebutan kes penceraian bersama isterinya, Diana Danielle.

Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, dalam tempoh tersebut tiada sebarang halangan sekiranya pasangan itu mahu berdamai atau berbaik.

Sebelum ini media melaporkan, Farid, 43, selaku defendan, perlu hadir ke mahkamah bersama wakil JKP susulan keputusannya yang tidak mahu meneruskan penceraian.

Manakala, Diana selaku plaintif, dikecualikan kehadiran pada sesi berkenaan selepas melantik rakannya sebagai wakil JKP.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 Mac ini untuk sebutan semula dan laporan JKP bagi kedua-dua pihak.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

Sebelum ini, Diana dan Farid pernah berhadapan dengan krisis rumah tangga yang berpanjangan sebelum disahkan bercerai talak satu menerusi aplikasi ‘Google Meet’ pada 10 Ogos 2023, namun mereka kembali  rujuk semula sebulan kemudian.

Bagaimanapun, kemelut rumah tangga pasangan ini kembali meraih perhatian pabila Diana memfailkan permohonan cerai buat kali kedua terhadap Farid pada 4 November 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Mar 2018

丁当519来马开10周年演唱会

欢庆出道十年,丁当启动全新巡演《想恋一个爱》一恋十年世界巡回演唱会,以 “回到刚出道时刻”的心情概念,于5月19日(星期六)晚上8时,在吉隆坡KLCC Plenary Hall,与歌迷近距离接触。

Featured Wed, 6 Jul 2022
Hiburan Mon, 11 Mar 2019

Sama Cantik, Sama Padan! Fasha Sandha Dan Aidil Aziz Panas Sarung Baju Kahwin?

Tak sabar rasanya nak tunggu Fasha Sandha dan Aidil kahwin, mesti letopppp kan?

Hiburan Wed, 11 Sep 2019

Ahmad Dhani Dikhabarkan Muflis, Artis Naungan RCM Akhirnya…

Walaupun tidak lagi bersama RCM, Mitha mengaku masih…

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

FATHIA LATIFF, SILA JANGAN BUAT KOMEN BODOH, CAPRICE BENGANG!

Menerusi komen yang diberikan Fathia itu, Caprice telah memuat satu lagi video pendek di instagramnya yang seakan-akan memerli Fathia mengenai isu Bigo Live nya beberapa bulan lepas

Hiburan Mon, 28 Mar 2022
error: Content is protected !!