Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 25, 2025 @ 4:47am

Razak A’ai Bergabung Dengan Khaleesi & Mortal Rhyme, Bawa Identiti Tradisional dalam Lagu Raya ‘Ala Joget Raya’

Penyanyi dan komposer Razak A’ai memainkan peranan utama dalam penghasilan lagu raya terbaru terbitan Todak Fusion berjudul ‘Ala Joget Raya’.

Menggabungkan elemen muzik tradisional Melayu dengan irama moden, lagu nyanyian Razak bersama Khaleesi dan Mortal Rhyme bukan sekadar hiburan tetapi satu usaha untuk memelihara dan mengangkat semula warisan muzik tempatan.

Menurut penerbit Todak Fusion, Ikmal Fareeq, industri muzik tempatan kini semakin kehilangan sentuhan seni muzik tradisional dan mereka merasakan keperluan untuk mengembalikan lagu-lagu berunsurkan etnik agar tidak dilupakan oleh generasi muda.

“Kami sudah lama ingin menghasilkan sebuah lagu raya yang menampilkan elemen budaya tradisional. Saya berbincang dengan Razak kerana dia ada kemahiran dalam muzik etnik.

“Kami ingin membawa kembali keaslian lagu raya yang semakin pudar dengan elemen moden. Kami gabungkan ia tetapi masih mengekalkan identiti asal,” kata Ikmal.

‘Ala Joget Raya’ bukan sekadar lagu raya biasa, malah ia menggabungkan pelbagai alat muzik tradisional seperti akordion, rebana dan biola, serta menampilkan seni tarian klasik Melayu.

Merupakan sebuah inisiatif untuk memperkenalkan semula muzik warisan kepada khalayak yang lebih luas, Ikmal mendedahkan Razak memainkan peranan penting dalam penciptaan lagu ini.

“Razak sangat membantu dalam membentuk melodi dan lirik lagu ini supaya ia menghidupkan kembali ingatan terhadap budaya kita. Kami mahu memastikan muzik tradisional terus dihargai,” jelasnya.

Lagu ini turut membawa konsep keseronokan berjoget dalam muzik kontemporari, seperti yang dipaparkan dalam muzik videonya yang penuh warna-warni dan meriah.

Todak Fusion berhasrat untuk menyatukan pelbagai bakat kreatif iaitu artis, pemuzik dan penari dalam semangat Hari Raya yang penuh kegembiraan.

‘Ala Joget Raya’ menampilkan Razak A’ai, Khaleesi dan Mortal Rhyme sebagai penyanyi utama. Elemen muziknya diperkayakan dengan permainan akordion oleh Zulkarnain (Ghajmas) dan biola oleh Balqis Zairul Nizam (ODT). Ikmal Fareeq sendiri turut memainkan rebana dalam lagu ini.

Muzik video lagu ini menampilkan persembahan tarian oleh Afieq Imran, Aliff Haidar, Laura Amanda, Hawa Nur Aurelia, Mawar Sofia, serta beberapa penari lain yang menambahkan elemen tradisional dan kemeriahan suasana Hari Raya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 Aug 2023

Marsha Pilih Kunci Mulut, Enggan Ulas Isu Kontroversi Babitkan Nad Zainal – “Saya Gembira Dia Dah Bahagia’

Doa jelah baik-baik eh, pening min tengok sindir-sindir ni. Ops!🫰🫰🫰

Trending Sun, 3 Mar 2019

「防丧尸」房子看起来很普通!但按钮一按下后……

虽然目前丧尸只有出现在电影里或是游戏中,但恐怖的形象已深植人心,国外就有人因此做出一栋能防止丧尸入侵的房子。

Hiburan Wed, 20 Aug 2025

Anak Dharma Harun Sangkal Dakwaan Tumpang Nama Bapa Untuk Dapatkan Tawaran Lakonan

Syafiq tak tumpang nama bapa, Dharma Harun Al-Rashid.

Featured Thu, 29 May 2025
Trending Fri, 6 Dec 2019
Events Thu, 25 Jul 2019

蔡恩雨自爆演唱会计划!想跟王力宏合作

蔡恩雨出席Vivo S1新手机大马推介自爆演唱会计划!坦言音乐作品希望有跟王力宏合作的机会~

Hiburan Thu, 16 Aug 2018

年少915合体!亮相山脚下男孩演唱会

「大叔男团」山脚下男孩25周年《都有你在》演唱会剩下不到一个月就要举办!大马80后集体回忆的本地组合「年少」方泂镔和黄启铭也首肯当特别嘉宾,让山脚下男孩感动大呼:「兄弟真够义气!」

error: Content is protected !!