Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 25, 2025 @ 6:34pm

[VIDEO] Mimi Fly Menangis Padam MV Serumpun Versi Pertama – “Tiada Siapa Paksa Tapi Keputusan Itu Tak Mudah”

Penyanyi, Mimi Fly mengakui tidak mudah untuk mengambil keputusan memadam muzik video (MV) versi pertama lagu baharunya berjudul Serumpun selepas tiga hari dilancarkan.

Menerusi temu bual bersama radio Hot FM, Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham berkata air matanya mengalir sedikit kerana dia menyukai versi tersebut yang dihasilkan selama dua hari.

“Tak senang untuk buat keputusan nak padam MV pertama, sebab saya suka versi itu. Masa nak padam tu saya menangis juga.

“Versi pertama yang saya rancang itu memang ikut dari satu babak ke babak lain, cantiklah.

“Penggambaran mengambil masa dalam 36 jam iaitu selama dua hari untuk dapatkan versi pertama tu.

“Lepas tiga hari rilis saya pada MV pertama. Masa tu dah ada dalam 437,000 tontonan. Esok pagi saya keluar yang baru,” katanya.

Ketika disoal sama ada keputusan tersebut dilakukan atas desakan netizen ataupun tidak, Mimi bagaimanapun menjelaskan tiada pihak yang memaksanya untuk berbuat demikian.

Sebaliknya, pelantun lagu popular Angkat ini menjelaskan dia merasakan niat awalnya mahu mengeluarkan lagu sempena Hari Raya tersimpang.

“Tak ada siapa suruh padam pun, tapi saya rasa macam niat saya dah menyimpang untuk buat lagu raya sampai ramai yang bergaduh dekat komen.

“Masing-masing cuba menegakkan siapa yang betul, siapa salah. Pada saya ini bukan mood raya orang kita ni,” katanya.

@hotfm976_

Siapa je tak sedih nak delete music video bila dah ada views banyak kan… Tapi takpe, views Music Video ‘Serumpun’ yang sekarang, dah cecah million tau 👏🏻 Pagi ni Bekpes Hot borak dengan penyanyi, Mimifly. @MimiFly @Khairykj @JozlynnHanania_ @INIREALFAFAU @AGAzmeer #HotFMNo1 #HotFM #BekpesHot #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ

♬ original sound – Hot FM – Hot FM

Sebelum ini, MV versi pertama lagu Serumpun menjadi perbualan hangat di media sosial selepas ada babak berkemban yang dikritik kurang sesuai untuk tontonan orang ramai.

Mimi kemudian telah melancarkan MV baru enam hari lalu dan kini telah mencapai lebih 1 juta tontonan.

Artikel Berkaitan: “Bukan Niat Saya Untuk Hina Budaya & Agama” – Potong Babak Berkemban, Mimi Fly Lancar Semula MV ‘Serumpun’

Artikel Berkaitan: Selepas MV Dikritik, Mimi Fly Lebar Sayap… ‘Serumpun’ Kini Buat Kolaborasi Epik!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 22 Jun 2019

原腾凭电影《乐园》上海勇夺新人影帝

第22届《上海国际电影节亚洲新人奖》原腾首尝影帝滋味!两届影帝陈泽耀秦勇「王见王」同台飙唱。

Featured Tue, 30 Jun 2026

Kecuaian Penulisan Ayat Al-Quran Dalam ‘Wanita Syurga’, Isa Khan Gelar Pasangan Pempengaruh ‘Red Flag’ – “Something Fishy About These Two”

Kata Isa, dia berasa pasangan pempengaruh terbabit sebagai individu yang sering menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet selain menyifatkan kedua-duanya sebagai ‘redflag’.

Hiburan Fri, 9 Feb 2018

T.O.P「恭敬弯腰」服役照曝光 粉丝泪崩:看到笑容了!

韩国偶像团体BIGBANG成员T.O.P(本名崔胜铉)在2017年陷入吸麻风波,相关单位发表惩戒后,在入伍近3个星期,8日终于有他的近况照片流出,他谦虚地将手往前摆,脸上露出微笑,看起来气色非常好,让粉丝泪喊「终于看到笑容了」。

Hiburan Sat, 18 Oct 2025
Hiburan Tue, 28 Nov 2023
Hiburan Sun, 22 Oct 2023
error: Content is protected !!