Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 26, 2025 @ 3:32pm

Shiha Zikir Tegur Individu ‘Kaki’ Sebar Fitnah – “Apa Masalah Cik Kak? Meroyan Ke?”

Penyanyi Shiha Zikir meluahkan rasa kesal terhadap individu yang didakwa selalu menyebarkan fitnah terhadap dirinya.

Dakwa Shiha, individu terbabit bukan sahaja bertindak bermasam muka dan menyekat rezeki orang lain malah menjadi ‘kaki’ untuk menyebarkan cerita yang tidak betul.

“Dah macam-macam cerita sampai ni. Sudah-sudahlah tu Cik Kak. Ramai sangat yang awak buat hal tanpa sebab. Masam muka dengan orang, tup tup block orang, jadi penyampai ceritayang tak betul pula tu.

“Sekarang ni macam dah makin melampau sebab sampai tahap sekat rezeki orang lain. Apa masalah Cik Kak? Meroyan Ke?,” katanya.

Dalam pada itu, Shiha atau nama penuhnya, Nur Shina Mohd Zakir, 37, berharap agar individu terbabit berhenti bersikap talam dua muka dek kerana karakternya yang lemah lembut.

Meskipun begitu, pelantun lagu Aewo ini bersyukur kerana mangsa-mangsa yang terlibat masih boleh befirkir secara waras sekaligus mendoakan agar individu teebabit berubah menjadi lebih bik.

“Sudah-sudahlah menipu orang lain dengan karakte lembut awak tu. Yang tahu je tahu perangai awak.

“Nasib  baik lah mangsa-mangsa awak ni tak ada perangai macam awak Cik Kak. So far, semua mangsa-mangsa masih boleh berfikiran waras.

“We leave to Allah SWT, Kmai doakan kakak berubah dan tidak bermuka-muka. Be profesional dan percaya pada rezeki. Paling penting, jangan fitnah-fitnah orang tau demi nak ajak orang benci sekian-sekian,” jelasnya.

Perkara itu dikongsi Shiha menerusi hantaran di ruangan Instagram miliknya pada Selasa.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Dec 2019
Featured Thu, 26 Jan 2023
Featured Wed, 30 Oct 2019
Featured Tue, 21 May 2024

Ustaz Kazim Elias Dedah Sukar Tidur Malam Selama 15 Tahun, Berpantang Makan & Berhati-Hati Ketika Berceramah

Allahu, 15 tahun tu lamanya😥 Moga DUKE sentiasa dikurniakan syifa. Aamin.

Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Wany Hasrita Jangka Ara Johari Menang Besar Di AJL 33

Selain Ara, saya rasa Kak Misha juga ada potensi untuk menang lagu terbaik.

Trending Fri, 30 Oct 2020

Kelonggaran Akad Nikah Di Selangor Bermula November Ini

Harap maklum bagi pasangan pengantin

error: Content is protected !!