Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 26, 2025 @ 3:46pm

Geng Bekpes HotFM Buat Serumpun Challenge, Aksi KJ Curi Perhatian – “Chief Dah Improve A Lot, Tak Keras & Semua Step Dia Hafal”

Meskipun menerima kecaman sebelum ini apabila menampilkan elemen berkemban dalam muzik videonya, namun kali ini bukan hanya lagu, tetapi ‘Serumpun Challenge’ juga berjaya mencuri perhatian masyarakat.

Terbaharu, menerusi perkongsian di TikTok, Geng Bekpes Hot yang dikendalikan oleh Johan, AG, KJ dan Fara Fauzana tampil melakukan ‘Serumpun Challenge’ disertai dengan penyanyi asalnya, Mimi Fly.

“Approved tak Bekpes Hot buat Serumpun Challenge ni guys? Takkan tak approved ekkkk! Chief @Khairykj menari kot.

“Siapa paling slay dalam Serumpun Challenge ni? Cepat vote guys!,” tulis pada kapsyen berkenaan.

Menerusi video berdurasi 39 saat itu, keempat-empat penyampai Geng Bekpes berjaya melakukan ‘step’ tarian Serumpun Challenge dengan baik.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah, gelagat KJ yang kelihatan sudah tidak kekok menari sejak bergelar penyampai radio.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat teruja dan terhibur melihat gelagat penyampai Geng Bekpes yang tidak mahu ketinggalan melakukan tarian dan ‘Challenge’ viral di TikTok.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 200,000 tontonan dan menerima lebih 12,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

@hotfm976_ Approved tak Bekpes Hot buat Serumpun Challenge ni guys? Takkan tak approved ekkkk! Chief @Khairykj menari kotttt! 🤪😆 Siapa paling slay dalam Serumpun Challenge ni? Cepat vote guys! 🫣 #HotFMNo1 #HotFM #BekpesHot #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ #SerumpunChallenge ♬ original sound – MimiFly

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 7 Aug 2019

Mahir Guna Senjata Api, Gadis Mirip Lisa Surihani Ini Jadi Perhatian

Buat wanita berhijab di luar sana, amacam ada bran tak?

Featured Fri, 1 Sep 2023

[VIDEO] Muka Amelia Henderson ‘Meluat’ Temubual Abang Tesla, Netizen Komen: “Ketara Tahan Geram, Tetap Profesional”

Fuhh, ketat betul muka Amelia tahan geram.. Min faham mesti susah nak kawal reaksi muka kan tapi syabas kekal profesional!

Hiburan Tue, 11 Jun 2024
Featured Fri, 16 Aug 2024

Didakwa Curi Barangan Kemas & Wang RM10,000… Pembantu Peribadi Pelakon Wanita Popular Ditahan Polis

Agak-agak siapa gerangan artis wanita popular dan pembantu peribadi yang dimaksudkan?👀

Hiburan Mon, 24 Sep 2018

#ABPBH31 : Tak Rasa Diri Popular Di Malaysia, Shiha Zikir Terkejut Terima Pencalonan

Berapa hari jugalah, saya cakap ‘ Mak, tak sangka betul’. Walau bagaimanapun, saya sedar diri Shiha di pasaran Malaysia tidak sehebat penerimaan di Indonesia.

Hiburan Mon, 8 Jul 2019

Beli Kereta Mewah Hasil Menyanyi, Tahniah Ismail Izzani!

Ismail bakal tampil dengan single terbaharu dan kini dalam proses menyiapkan.

error: Content is protected !!