Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 26, 2025 @ 3:28pm

Aazief Khalid Pula Bersuara Isu Samping Diciplak – “Takkan Orang Lain Tak Boleh Guna Keris Lepas Ni?”

Personaliti media sosial, Aazief Khalid turut memberi respons berhubung isu hangat membabitkan jenama baju Melayu, Elrah Exclusive yang didakwa telah meniru corak bermotifkan keris koleksi sampingnya yang dikeluarkan oleh suami pempengaruh, Tyra Kamaurzzaman iaitu Emran Rijal.

Menerusi perkongsian di Threads, Aazief berkata keris adalah lambang negara dan warisan budaya menjadikan ia tidak menjadi hak ekslusif mana-mana individu.

“Jenama tempatan antiloque dan kebaya. societe dah mempertikaikan tuntutan anda (Tyra serta suami) terhadap reka bentuk keris.

“Mungkin betul, Eltah meniru reka bentuk bulat-bulat (agak ketara) tetapi anda tidak mempunyai pemilikan keris tersebut berdasarkan keturunan,” katanya.

Dalam muat naik lain, Aazief berkata sebelum ini ada samping yang bermotifkan keris terjual di pasaran, antaranya jenama tempatan milik selebriti Moloque iaitu Tengkuloque yang terjual sejak 2018.

Sebelum ini, Tyra mendakwa jenama baju Melayu terkenal, Elrah Exclusive meniru reka bentuk kain samping motif keris yang dikatakan rekaan turun-temurun milik suaminya, Emran Rijal.

Namun begitu, pengasas Elrah iaitu El Azman menepis tuduhan tersebut sekeras-kerasnya sekali gus menjelaskan motif keris itu adalah hak milik warisan budaya Melayu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Mar 2023
Hiburan Thu, 23 Jan 2020
Drama Fri, 14 Mar 2025

Adrea Abdullah ‘Ustazah’ Dalam Keluarga Itu Terkejut Terima Mesej L*cah – “Entah Macam Mana Dia Boleh Naik Syok”

Lebih mengejutkan, individu yang menghantar mesej berkenaan merupakan seorang budak.

Trending Fri, 9 Aug 2019

The Diet Secret to Beyoncé’s Bangin’ Figure Might Actually be Dangerous?

Shocking! Who would have thought that the Queen of Pop herself is promoting unhealthy diet?! GAG!

Hiburan Tue, 25 Jul 2023

Ada Peminat Kritik Romansa Kita Tak Sedap, Ini Respons Siti Nurhaliza

Amboiiiiii, siapa yang komen tak sedap tu? 😌 Min dengar best je lagu Romansa Kita ni

Hiburan Wed, 11 Apr 2018

EXO’s Sehun Graces the Cover of New York Times!

What a great gift for Sehun on his birthday!

error: Content is protected !!