Euforia Bola 2026
Ramadan By: Nabihah March 27, 2025 @ 11:34am

[OHKASIH] Ramadan Lebih Bersih & Bermakna Bersama Clorox

Ramadan bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga. Ia adalah masa untuk berkongsi rezeki, menyemarakkan kasih sayang dan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Namun, untuk mencapai ketenangan batin dan kekhusyukan dalam ibadah, persekitaran yang bersih dan selesa memainkan peranan yang penting.

Menyedari kepentingan ini, Clorox Malaysia dengan kolaborasi bersama OHBULAN! telah mengadakan satu inisiatif istimewa di bawah segmen OH Kasih, bertemakan ‘Ramadan Lebih Bersih & Bermakna Bersama Clorox’, bertempat di Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah, Semenyih.

Bagi penghuni di sini, kebersihan bukan hanya keperluan harian, tetapi kunci kepada ketenangan hati — membolehkan mereka menunaikan ibadah dalam keadaan yang selesa, dan memberi ruang untuk muhasabah dan refleksi yang lebih bermakna.

Dalam suasana penuh keikhlasan, seramai 30 sukarelawan dari Clorox Malaysia dan OHBULAN! berganding bahu menjalankan gotong-royong membersihkan ruang kediaman, bilik tidur, tandas, ruang makan, dapur dan kawasan luar menggunakan rangkaian produk Clorox termasuk Clorox Bleach, Clorox Disinfecting Floor Cleaner, Clorox Trigger Spray, Clorox Toilet Bowl Cleaner dan Clorox Disinfecting Wipes.

Hasil usaha bersama ini tidak hanya meninggalkan ruang yang bersih dan segar, tetapi juga menghadirkan suasana damai yang menyentuh hati.

Lebih daripada membersihkan ruang, pasukan sukarelawan turut meluangkan masa beramah mesra dan berbuka puasa dengan penghuni pusat jagaan. Dalam perbualan yang sederhana tetapi penuh makna, mereka berkongsi erti Ramadan dan Syawal buat mereka.

“Ramadan ni satu yang sangat bermakna, bulan untuk beribadah dan bersyukur. Raya pula masa untuk meraikan dan bergembira,” kongsi salah seorang penghuni.

Bagi mereka, Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga tentang mensucikan hati dan menyebarkan kebaikan. Malah, mereka juga menekankan bahawa kebersihan adalah sebahagian daripada ibadah.

“Ruang yang bersih membantu kami untuk lebih khusyuk berdoa dan merasa tenang,” kongsi penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah dengan senyuman yang penuh syukur.

Hilda Zulkiflee, Pengurus Kanan Clorox Asia Tenggara, turut hadir pada hari yang penuh kemanusiaan ini. Dalam ucapannya, beliau berkata:

“Kami di Clorox percaya, ruang yang bersih bukan hanya memberi keselesaan secara fizikal, tetapi juga membentuk persekitaran yang menenangkan jiwa. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan, kebersihan membolehkan seseorang mendalami fokus kepada ibadah dan refleksi diri.

Kami bersyukur dapat memainkan peranan kecil dalam memberikan bukan sahaja keselesaan, tetapi juga ketenangan dan kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan. Semoga setiap usaha kecil ini membawa keberkatan di bulan mulia ini.”

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah, Encik Azlan, melahirkan rasa terharu dengan usaha ini, “Warga emas di sini mungkin jauh dari keluarga, tetapi kehadiran Clorox dan OHBULAN! hari ini bagaikan keluarga yang datang menyantuni mereka.

Bukan sekadar membersihkan rumah, tetapi membersihkan rasa sepi di hati. Terima kasih kerana memahami bahawa untuk mereka menikmati Ramadan dengan sempurna, ruang bersih yang tenang amat penting untuk mereka beribadah.”

Turut berkongsi pandangan, Ketua Bahagian Kandungan Video OHBULAN!, Ash Nordin berkata, “Kami percaya Ramadan bukan sahaja tentang berbuka dan bersahur, tetapi juga tentang memberi, berkongsi, dan menyentuh hati. Bersama Clorox, kami berpeluang menyumbang tenaga dalam memastikan ruang yang bersih ini menjadi permulaan kepada hati yang lebih lapang dan tenang buat warga emas di sini.”

Program ini diakhiri dengan sumbangan barangan keperluan kebersihan Clorox untuk kegunaan pusat jagaan, termasuk Clorox Bleach, Clorox Disinfecting Floor Cleaner, Clorox Trigger Spray, Clorox Toilet Bowl Cleaner dan Clorox Disinfecting Wipes, bagi membantu mereka mengekalkan kebersihan jangka panjang.

Sesungguhnya, kebersihan luaran membantu membina ketenangan dalaman. Ruang yang bersih membolehkan fikiran fokus, ibadah menjadi lebih khusyuk dan hati lebih ikhlas dalam mencari keberkatan Ramadan.

Terima kasih kepada Clorox kerana membawa bukan sahaja kebersihan, tetapi juga membawa sinar kebahagiaan dan ketenangan kepada mereka yang memerlukan. Ramadan kali ini sememangnya lebih bersih & cukup bermakna bersama Clorox buat Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Replicated Draft Fri, 31 Mar 2023

Ikatan Kekeluargaan Lebih Erat Terjalin Bersama PICO

Setelah sebulan menjalani ibadah berpuasa sepanjang Ramadan, umat Islam bakal meraikan Aidilfitri dengan kegembiraan dan kesyukuran sebagai tanda kemenangan.  Lebaran juga adalah kesempatan terbaik untuk seisi keluarga meluangkan masa bersama bagi mengeratkan hubungan silaturahim.  Dengan […]

Oh Lawa Thu, 18 Jan 2024

Kulit Kusam & Banyak Bintik Hitam? Ini 4 Penyebab Utama Yang Korang Perlu Tahu!

Kulit kusam dan semakin banyak bintik hitam muncul di wajah? Kenapa jadi macam tu? Apa puncanya? Macam mana nak rawat masalah ini? Meh sini min kongsikan 4 penyebab utama bintik hitam & kulit kusam terjadi […]

Ramadan Thu, 5 Mar 2026

Nak Ramadan Lebih Bermakna? #GandakanKebaikan Dengan Cara Ini

Ramadan bukan hanya tentang menahan lapar dan dahaga. Bulan penuh keberkatan ini adalah peluang terbaik untuk kita muhasabah diri dan gandakan amalan baik – bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi juga untuk mereka yang memerlukan. […]

Ramadan Fri, 7 Apr 2023

Dikenakan Mengikut Kadar Beras Yang Di Makan, Tunaikan Pembayaran Zakat Fitrah Korang Sekarang!

Warga Selangor, korang dah bayar Zakat Fitrah atau belum? Kalau belum, jom sama-sama buat bayaran sekarang. Semoga dengan perbuatan kita ini, orang disekeliling dapat bersama-sama merasai dan menikmati kehidupan yang lebih baik.

Replicated Draft Fri, 7 Apr 2023

Rebut Tawaran Sehingga RM1.5 juta Bersama LBS Fabulous Extraaaa 2023

Pemaju perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) mengumumkan tawaran eksklusif sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 yang bakal tiba tidak lama lagi menerusi kempen ‘LBS Fabulous Extraaaa 2023’. Lebih menarik, pembeli rumah bagi mana-mana projek […]

Replicated Draft Tue, 24 Feb 2026

Apa Itu PFLNG DUA & Kenapa Ia Penting Untuk Industri Tenaga Malaysia?

Kalau sebelum ini korang pernah dengar tentang PFLNG DUA tapi tak pasti apa sebenarnya fasiliti ini, dokumentari Merintis Horizon mungkin jawapannya. Diterbitkan oleh PETRONAS dengan kerjasama TV3, Tonton dan Majalah 3, dokumentari berdurasi 47 minit […]

Replicated Draft Mon, 8 Apr 2024

[VIDEO] Raya Dah Tak Sama? Iklan Raya Ni Kongsi Momen Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mertua!

Bukan mudah nak biasakan diri dengan persekitaran baru. Apatah lagi apabila hampir kesemuanya berbeza. Adakah raya masih sama? Bagaimana pula dengan juadah yang ada? Banyak persoalan yang akan bermain di minda. Tetapi itu bukan halangan untuk […]

Replicated Draft Mon, 22 May 2023

Ceriakan Aidilfitri, foodpanda Berkongsi Kemeriahan Shawal Bersama Mereka Yang Memerlukan

Dikala semua tengah bergembira menyambut Syawal bersama sanak-saudara di kampung halaman, ada antara mereka yang menyambut raya hanya sehelai sepinggang. Pernah tak kita terfikir bagaimana golongan gelandangan atau mereka yang tidak berkemampuan menyambut raya? Kebiasaan […]

Replicated Draft Wed, 30 Aug 2023

Terbukti Efektif Untuk Detoks Kulit, #CTheDifference Rasakan Perbezaan Apabila Korang Menggunakan Pembersih Wajah Ini!

Masih tercari-cari pencuci muka yang mampu membersihkan wajah secara mendalam tetapi lembut pada kulit? Jangan bimbang… kini, korang tak perlu rasa ragu-ragu lagi apabila membersihkan wajah menggunakan pencuci muka Extra Bright C&HYA Vitamin Whip Foam daripada […]

Replicated Draft Wed, 19 Apr 2023

Penuh Tawa Dan Emosi, PETRONAS Angkat Irama Tradisional

Setiap tahun, pelbagai syarikat korporat dan usahawan tempatan di Malaysia akan berlumba-lumba menghasilkan iklan raya mereka. Kebiasaannya, iklan raya mengandungi mesej tersendiri yang sarat dengan nilai-nilai murni yang cukup sinonim dengan budaya Malaysia. Antara paling […]

error: Content is protected !!