Euforia Bola 2026
FESYEN By: Padin March 25, 2025 @ 1:03pm

Amy Search, Noh Salleh & Naim Daniel Bangga Angkat Busana Tradisi Dalam Sentuhan Moden

Penyanyi popular, Datuk Amy Search, Noh Salleh dan Naim Daniel berbangga mengangkat busana tradisi dalam sentuhan moden.

Tiga figura ternama dalam era muzik berbeza ini menjalin kolaborasi dengan Qhiam, jenama fesyen moden yang menggabungkan warisan tradisional Melayu dengan sentuhan kontemporari.

Menurut Amy, dia teruja apabila jenama ini memberi tawaran untuk menjalinkan kolaborasi sempena kehadiran Hari Raya Aidilfitri.

“Bila mereka dekati untuk menjalin kolaborasi, saya teruja. Sejujurnya, saya bangga dengan mereka kerana mereka mempunyai visi tersendiri dan koleksi yang mereka hasilkan cantik dan berkualiti.

“Material busana mereka juga bagus dan terletak, ia menjadikan jenama ini berada dalam kelas tersendiri dan saya gembira dapat bekerjasama dengan mereka untuk memberi sokongan kepada dunia fesyen tempatan,” kata Amy.

Dalam pada itu, Pengarah Kreatif dan Ketua Pegawai Eksekutif Qhiam, Adam berkata, mereka memberikan fokus terhadap keselesaan setiap rekaan dalam helaian koleksi Qhiam.

“Kami mahu tampilkan yang Qhiam bukan sekadar jenama pakaian, ia adalah satu pergerakan budaya yang memberi ruang kepada pemakainya untuk mengekspresikan diri melalui fesyen, warisan, inovasi dan penceritaan yang berpusatkan komuniti.

“Kelesesaan memang menjadi fokus utama. Jenama kami menggunakan kain ‘cotton’ sebagai signature. Kami memberikan fokus kepada rekaan klasik namun keutamaannya adalah keselesaan berbanding fesyen atau tambahbaik rekaan yang sedia ada. Apa yang saya selesa pakai, itulah yang saya cuba perkenalkan dalam rekaan Qhiam,” katanya.

Pengenalan Label ‘Sendja’ dan Kempen ‘Sama’ untuk Raikan Kebersamaan dalam Fesyen

Jenama ini kini memperkenalkan Sendja, sebuah label yang lebih dinamik dan segar khusus untuk generasi muda. Pada masa yang sama, jenama ini turut melancarkan kempen ‘Sama’, yang menekankan kepelbagaian fesyen serta warisan budaya yang dikongsi bersama.

Menawarkan pakaian perayaan seperti Baju Melayu, Baju Kurung, dan kurta moden dengan reka bentuk unik yang menggabungkan tradisi dan moden, jenama ini dibangunkan oleh pasukan empat individu berdedikasi.

Bukan sekadar menyediakan pakaian, jenama ini turut membawa nilai emosi dan identiti kepada pemakainya serta komited dalam menyediakan fesyen mewah mampu milik dengan kualiti terbaik serta penceritaan yang menghidupkan setiap rekaan.

Sendja, label di bawah jenama ini, dicipta khusus untuk memenuhi cita rasa generasi muda, khususnya Gen Z. Dengan rekaan yang lebih berani, ekspresif, dan dinamik, Sendja mempersembahkan fesyen kontemporari yang segar serta inklusif merentas kaum dan budaya.

Berbeza dengan Qhiam yang mengekalkan akar tradisi dengan elemen moden, Sendja lebih berwarna-warni dan mengikuti arus trend semasa tanpa mengabaikan nilai estetika berkualiti.

Kempen ‘Sama’ memperkukuhkan mesej tentang kebersamaan dalam fesyen, menghubungkan generasi serta latar belakang berbeza. Beberapa koleksi utama diperkenalkan dalam kempen ini, termasuk oleksi Tangsi yang mengangkat gaya kolar mandarin dalam rekaan kurta, koleksi Galur yang merupakan kombinasi elemen warisan dengan potongan moden, koleksi Antara yang melambangkan pertemuan antara tradisi dan inovasi serta koleksi Temu yang terinspirasi daripada makna kebersamaan dan pertemuan semula.

Dengan pelancaran Sendja dan kempen ‘Sama’, Qhiam terus membawa revolusi dalam fesyen perayaan, memberi makna lebih mendalam kepada setiap helaian pakaian yang dihasilkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 1 Nov 2019
Events Wed, 10 Jul 2019

Get Inside ‘Time Capsule’, The Most Hyped Fashion Event In KL That Got Socialites Talking!

Check out this hype fashion exhibition in KLCC, admission is free!

FESYEN Sat, 6 Jul 2019

dUCk Limited Edition Scarves Retail At RM 2,500, Sold Out Within Its Launch!

Woah! RM 2500 limited edition Swarovski scarves sold out in 4 colors after its just launch..

FESYEN Fri, 17 May 2019

Jom Intai Gaya Koleksi Raya 2019!

Cantik-cantik semua kan? Jemput cuci mata semua…

FESYEN Thu, 12 Apr 2018

Gaya Koleksi Raya di Publika bermula 12-15 April, Jom Bergaya Sakan Aidilfitri ini!

Fesyen macam mana agaknya korang nak gayakan di pagi raya nanti? Kalau korang ketandusan idea, jom ke Publika untuk lihat rekaan menarik daripada pereka-pereka fesyen terkemuka tanah air. Ayuh!

Featured Thu, 17 Nov 2022

Tempuh Penerbangan Berbelas Jam, Nazeera Sardi Hiking Dengan Dress Untuk…

Pelakon Nazeera Sardi berkongsi momen percutiannya di Turkiye. @nazeerasardi10 Berbelas jam fly ✈️ untuk sampai ke sini, hiking dengan dress seawal 6 pagi untuk sampai atas ni dengan kesejukan 9-11c. Tapi, rasa berbaloi dapat tengok […]

FESYEN Thu, 28 Mar 2019

Adakah Anda Yang Kami Cari?Pencarian Wanita Melayu 2019 Kini Kembali!

Adakah anda Ikon Wanita Melayu 2019 yang kami cari?

Automobile Thu, 29 Aug 2019

Join THIS Airport Contest And Stand A Chance To Win Your Dream Car, Only On E!News

Stand a chance to win your DREAM CAR at the Malaysia Airport, join the contest now!

error: Content is protected !!