Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 27, 2025 @ 12:25pm

[VIDEO] Petik Nama Jamal Abdillah Dalam Podcast, Farid Kamil Dakwa Bapa Pernah Beri Amaran? – “Netizen Ingat Saya Kac*p, Tapi Sebenarnya…”

Pelakon Farid Kamil mendakwa bapanya, Datuk Dr. Zahari Che Dan pernah memberi amaran kepadanya agar tidak melalui kisah gelap atau terjebak dalam benda terlarang.

Menerusi video temu bual bersama Podcast Lelaki, Farid menceritakan kejadian tersebut berlaku selepas tular beberapa video temu ramah ketika majlis pelancaran filem Anwar: The Untold Story.

Jelas Farid, ketika itu dia baru sahaja pulang dari menunaikan ibadah Umrah dan dalam keadaan tidak sihat terpaksa mengambil suntikan di klinik lalu terus ke majlis pelancaran filem tersebut.

“Saya pernah dikecam oleh netizen tengah ‘kacip’, ketika mempromosikan filem Anwar: The Untold Story tetapi saya tiada kesempatan untuk menjelaskan keadaan saya.

“Ketika itu saya baru sahaja pulang dari mengerjakan Umrah dan keesokkan harinya terus pergi ke pelancaran filem tersebut. Sebelum itu di Makkah saya menghadapi demam dan selsema yang sangat teruk.

“Bila tengah interview tu, saya kena kawal hingus, takut muntah. Bila saya tengok balik video temu ramah itu, memang nampak betul-betul nampak macam tengah ‘high’ tetapi ketika tu saya baru lepas ambil suntikan ubat dan terus ke pelancaran filem itu,” katanya.

Dalam temu bual sama, Farid turut memetik nama penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah.

Mengulas lebih lanjut, Farid mendakwa bapanya terus menghubunginya dan memberi amaran untuk tidak menjadi seperti penyanyi legenda itu.

Farid mengakui dia tidak terlalu mengambil hati dengan spekulasi netizen, namun, apabila bapanya sendiri melontarkan teguran sebegitu, barulah dia sedar perkara ini bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

“Kesannya benda itu sampai ayah saya telefon, dia marah saya. Bukan nak tanya khabar saya, tapi dia tanya ‘kamu ni tak payah lah buat benda-benda macam Jamal Abdillah’. Macam mana ayah saya boleh tiba-tiba out of nowhere knowing me baru balik dari Makkah dan soalan pertama ‘kamu boleh tak jangan buat benda macam tu’.

“Bila saya tengok balik video, semua orang dah assume saya macam-macam. Saya tak kisah, tetapi bila ayah saya yang cakap macam tu ini dah serius,” katanya.

@podcastlelaki

Ayah sendiri pernah warning Farid Kamil jangan jadi macam Jamal Abdillah, macam Saleem? Apa cerita? Bila orang terdekat pun termakan dengan kata-kata media, apa kesannya terhadap Farid, dan apa reaksinya? Saksikan episod penuh bersama Farid Kamil di YouTube dan Spotify Podcast Lelaki. #PodcastLelaki #FaridKamil #Man360 #UpTheGame

♬ original sound – Podcast Lelaki – Podcast Lelaki

Dalam pada itu, di video TikTok Podcast Lelaki yang memaparkan sedutan temu bual Farid memetik nama Jamal, anak sulung kepada bintang legenda itu, penyanyi Yamani Abdillah turut meninggalkan komen.

Kredit video: Podcast Lelaki

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Dec 2021

“Memang King of The Road!” – Video Kompilasi Myvi Redah Banjir Trending

Baru-baru ini, satu video kompilasi kereta Perodua Myvi meredah banjir menjadi tular dan ramai yang kagum dengan kebolehan kereta yang digelar ‘King of The Road’ ini. Video kompilasi yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter bernama […]

Events Thu, 15 Dec 2022

Pilih Sesuatu Ikut Keupayaan & Minat, Syamira Nazir Ingin Fokus Dalam Kerjaya

Pengacara Syamira Nazir yang mula mencari tapak dalam dunia seni menceburi sesuatu bidang mengikut keupayaan dan minat. Biarpun tidak muncul sebagai seorang pelakon di kaca televisyen, Syamira yang merupakan finalis Dewi Remaja 2019 memberitahu dia […]

Hiburan Tue, 19 Nov 2024
Featured Tue, 23 May 2023

Pilih Bidang Seni Untuk Ekspresi Diri, Arena Wan Hidap Penyakit DLD – “Saya Kena Baca Sepuluh Kali…”

Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan masing-masing, fly high Arena!

Featured Mon, 26 Sep 2022

[VIDEO] Penampilan Tindik Hidung Shila Amzah Dikritik, Peminat Bidas Komen Netizen Mulut Puaka – “Tak Salah Pun, Janji Tak…”

Alamak, Shila betul ke tindik hidung tu? Fesyen kot kan maybe pakai yang jenis pelekat tindik hidung hihihiii

Hiburan Sun, 15 Apr 2018

Ceraikan Ziana Tapi Bersyarat

Armin bersetuju melafazkan cerai terhadap Ziana sekiranya dia dibenarkan untuk berjumpa dengan anak-anak mereka.

Trending Thu, 18 Jun 2020
Featured Tue, 15 Apr 2025

Digelar B*hsia Dan Kurang Kasih Sayang, Pentaksub Imran Bard Tinggal Komen Jelik Pada Ellie Suriaty

Ellie mendakwa komen jelik itu sitinggalkan oleh pentaksub Imran Bard.

error: Content is protected !!