Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 27, 2025 @ 1:20pm

Nama Jamal Abdillah Dipetik Dalam Podcast, Osama Yamani Tampil Bersuara  – “Ya Bapa Saya Pernah Ada Sejarah Hitam, Tapi Sekarang Dah Okay”

Anak sulung penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah iaitu Osama Yamani tampil bersuara selepas nama bapanya dipetik dalam temu bual podcast Lelaki bersama pelakon, Farid Kamil.

Menerusi ruangan komen video podcast tular di platform TikTok itu, Osama menyedari bapanya pernah melalui ‘kisah gelap’ suatu ketika dahulu.

Pada masa yang sama, Osama turut meluahkan rasa syukur bapanya kini sudah berubah menjadi seorang yang lebih baik daripada sebelumnya.

“Ya, bapa aku. Dia pun manusia.. dulu dia pun ada sejarah hitam tapi sekarang syukur Alhamdulillah. Bapa aku dah okay, tak ada manusia yang sempurna,” tulisnya.

Komen Osama itu meraih perhatian ramai yang turut menganggap Jamal seorang penyanyi legenda yang sangat hebat meskipun pernah melalui zaman kegelapan.

Sebelum ini, Farid mendakwa bapanya, Datuk Dr. Zahari Che Dan pernah memberi amaran kepadanya untuk tidak terjebak dalam benda terlarang sehingga memetik nama pelantun lagu popular Gadis Melayu itu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Petik Nama Jamal Abdillah Dalam Podcast, Farid Kamil Dakwa Bapa Pernah Beri Amaran? – “Netizen Ingat Saya Kac*p, Tapi Sebenarnya…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Nov 2025
Trending Sat, 4 Aug 2018
Featured Tue, 1 Nov 2022

Nak Hilangkan Perasaan Suka Atau Benci Terhadap Seseorang? Ini Pesanan Ustaz Azhar Idrus

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus atau dikenali sebagai UAI berkongsi tip bagaimana untuk menghilangkan perasaan suka atau benci terhadap seseorang. @mfazzy MASA MAIN PERANAN #masa #sangkabaik #doa #ustaz #mfazzy #tiktokguru #jombelajar #ustazazharidrus ♬ tak ingin […]

Featured Sat, 30 Sep 2023

Famili Duo Kini Kembali! Tampil Sisi Berbeza Peserta, Mas Idayu & Ajai Kekal Kedudukan Sebagai Juri

Program realiti nyanyian TV3, Famili Duo kembali dengan musim baharu dengan menampilkan lima pasangan selebriti popular tanah air. Menampilkan penyanyi popular, pencipta kandungan sensasi dan pelawak, Famili Duo kali ini pastinya tampil dengan sisi berbeza […]

Featured Thu, 2 Feb 2023
Hiburan Fri, 1 Feb 2019

新人「他·表哥」典礼快闪全程不露脸!首次公开与林可欣演出

史上最大牌新人 「他·表哥」典礼快闪全程不露脸,首次公开神秘演出与林可欣反转抖音神曲嗨爆全场。

error: Content is protected !!