Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 27, 2025 @ 2:14pm

[VIDEO] Siti Nurhaliza Nak Merenjis & Menyanyi Di Hari Bahagia? Ini Respons Fattah Amin

Pelakon Fattah Amin tampil memberi respons terhadap komen yang ditinggalkan oleh Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika sesi siaran langsungnya bersama penyanyi, Amira Othman.

Ketika ditemui XTRA, Fattah berkata dia hanya mengetahui komen yang ditinggalkan oleh Siti selepas Amira memaklumkan kepadanya.

“Bila Amira cakap tentang komen Tok Ti (panggilan mesra Siti Nurhaliza), saya tak boleh baca sebab saya tak nampak. Saya jadi ‘blur’ sebab tak dapat lihat komen itu, jadi saya hanya beri reaksi berdasarkan apa yang Amira beritahu,” katanya.

Fattah berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama pelakon drama Keluarga Itu di Shah Alam, semalam.

Dalam video yang tular di TikTok, Amira kelihatan teruja apabila Siti menyertai siaran langsung tersebut dan sempat mengusik kedua-dua selebriti itu.

Difahamkan, pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu bergurau dengan menyatakan beliau tidak sabar untuk merenjis ‘pasangan’ tersebut di hari bahagia, selain menawarkan diri untuk menyanyi di majlis mereka.

Mengulas lebih lanjut, aktor drama popular Keluarga Itu itu turut mengakui dia gembira apabila ramai rakan selebriti dan netizen mendoakan perkara yang baik buat dirinya.

“Bulan Ramadan ni, kita kena sentiasa berkata dan mendoakan yang baik-baik. Bila nampak komen positif dalam siaran langsung itu, terutamanya daripada Tok Ti, saya rasa sangat gembira.

“Bagus bila rakan-rakan artis mendoakan yang baik, tetapi untuk saya komen lebih-lebih, saya tak berani sebab saya dan Amira hanya rakan sekerja,” tambahnya.

Dalam pada itu, drama bersiri lakonan Fattah, Keluarga Itu sedang hangat ditayangkan di TV3.

Keluarga Itu mengisahkan kehidupan seorang tokoh tahfiz bernama Iman, yang disanjung kerana sifat dermawan dan keteguhan imannya. Namun, di sebalik segala kebaikan yang ditonjolkan, tersembunyi satu rahsia gelap dalam keluarganya yang akhirnya terbongkar.

Drama ini mula ditayangkan sejak 28 Februari lalu dan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datin Seri Umie Aida, Izara Aishah, Puteri Balqis, Amir Ahnaf, Fattah Amin, Muaz Zabir, Melissa Campbell, dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Keluarga Itu terbitan Erma Fatima pada setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 9 malam hanya di TV3.

Episod baharu Keluarga Itu juga boleh ditonton 24 jam lebih awal menerusi strim di Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Tue, 5 Apr 2022
Hiburan Wed, 29 Nov 2017

KINI MODEL VICTORIA SECRET INI SEMAKIN DIKENALI

Kalau sebelum ini kecoh apabila Neelofa diundang untuk menghadiri Victoria Secret Fashion Show yang berlangsung di Shanghai, China tapi kali ni kami bukan nak highlight story pasal neelofa tau. Kami akan highlight story yang viral seluruh dunia apabila salah seorang daripada modelnya terjatuh ketika catwalk.

Trending Tue, 2 Apr 2019

经典女鬼加入「戽斗星球」扭蛋家族!进化版居然长这样……

经典女鬼贞子加入「戽斗星球」家族!进化版居然长这样子……

Cahaya Mata Mon, 5 Dec 2022
Hiburan Sat, 26 May 2018

Shakila Suka Ke Dapur Selepas Kahwin

Walaupun suami handal, saya tak boleh culas, tambahan pula inilah kali pertama kami berpuasa bersama!

Featured Tue, 27 Jan 2026

Titip Ucapan Terima Kasih Buat Rakan Artis, Puteri Balqis Mengaku Gagal -“Mak, Kakak Gagal Tapi…”

Aqish mengakui dirinya berasa gagal, terutama dalam memenuhi harapan ibunya.

Hiburan Wed, 19 Jun 2024
Hiburan Tue, 7 Oct 2025
Trending Thu, 8 Mar 2018

丧心「巨鼻给皂器」手感超真实

你会把擤出来的鼻涕往身上抹吗?这听起来有点恶心,但几乎人人在小时候都做过的行为,现在又要「卷土重来」进入你的人生了。你洗澡的时候可以轻松把绿鼻涕抹到身上……

Featured Sat, 11 Dec 2021

Tempoh Diskaun Saman Dilanjutkan Sehingga Rabu Ini

Jangan lupa jelaskan saman korang!

error: Content is protected !!