Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 27, 2025 @ 5:15pm

Akim & The Majistret Buat Kerja Gila, Lancar Single ‘Gasoline’ Malam Raya

Kumpulan rock terkenal tanah air, Akim & The Majistret kembali dengan single terbaru mereka berjudul ‘Gasoline’, sebuah lagu blues rock rancak yang bakal menghangatkan ruang udara di semua stesen radio.

Menariknya, lagu ciptaan sepenuhnya oleh Akim & The Majistret ini merupakan sebahagian daripada album terbaru mereka yang kini dalam proses pembikinan.

Proses Rakaman & Inspirasi ‘Gasoline’

Menurut vokalis utama, Akim Ahmad, proses penghasilan lagu ini sudah lama dimulakan, di mana melodinya telah tersedia lebih awal, tetapi liriknya hanya disiapkan kemudian sebelum dirakam dan dilancarkan.

“Setiap hari kita memerlukan tenaga dan semangat untuk menghadapi sebarang cabaran, dan itulah simbolik ‘Gasoline’ menjadi pendorong dan inspirasi buat pendengar agar sentiasa bertenaga dan tidak berputus asa dalam mengharungi perjalanan hidup mereka,”ulasnya.

Dari segi rakaman, Akim menyatakan bahawa lagu ini masih mengekalkan identiti muzik ATM tetapi hadir dengan elemen yang lebih segar.

“Lagu ini mempunyai nuansa blues yang berbeza berbanding lagu-lagu kami sebelum ini seperti ‘Saksama’. Proses rakaman juga dilakukan secara teliti, termasuk rakaman gitar di studio peribadi gitaris kami,” katanya.

Lebih istimewa, ‘Gasoline’ turut menampilkan kolaborasi bersama Bunga Cantik, iaitu isteri Akim sendiri, Stacy, yang turut memainkan peranan penting dalam menyempurnakan lagu ini.

“Dari segi susunan muzik, setiap ahli kumpulan memainkan peranan masing-masing, menjadikan lagu ini sebuah karya yang mantap dari segi melodi dan muzik,” tambahnya.

Pemilihan Tajuk & Harapan

Akim turut menjelaskan pemilihan tajuk ‘Gasoline’ bukan hanya merujuk kepada bahan api untuk kenderaan tetapi juga sebagai simbol tenaga dan semangat dalam menghadapi kehidupan seharian.

“Kami tidak meletakkan sebarang sasaran tertentu, tetapi berharap ‘Gasoline’ dapat dinikmati dan memberi inspirasi kepada semua pendengar,” jelasnya.

Peraduan Istimewa Sempena Pelancaran

Bagi meraikan pelancaran ‘Gasoline’, Akim & The Majistret turut menganjurkan peraduan khas di mana 100 pemandu bertuah berpeluang memenangi baucar petrol RM50 sempena Hari Raya.

  • Untuk menyertai, peminat hanya perlu:
    – Merakam video ‘lip sync’ kepada lagu ‘Gasoline’
    – Muat naik ke media sosial dengan tanda pagar #ATMnakbagigasoline
    – Tunjukkan video tersebut kepada pekerja Nova Music di stesen Petronas Solaris Sg Besi pada Jumaat, 28 Mac 2025, jam 3 petang untuk menebus hadiah!

Tarikh Pelancaran

  • ‘Gasoline’ boleh mula distrim di semua platform penstriman muzik bermula 30 Mac 2025
  • Video muzik rasmi akan ditayangkan di saluran YouTube ‘Nova Music Videos’ pada hari yang sama jam 10 malam

Dengan pelancaran ‘Gasoline’, Akim & The Majistret terus membuktikan keunikan mereka dalam industri muzik tempatan sekaligus bersedia membawa karya-karya yang lebih hebat dalam album akan datang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Dec 2022
Hiburan Thu, 14 May 2026

Scha Alyahya Tak Mahu Dijadikan Inspirasi, Akui Rumah Tangga Turut Diuji

Kata Scha, jika dahulu dia percaya komunikasi adalah jalan terbaik menyelesaikan konflik, namun kini pandangannya berubah selepas memahami karakter suaminya.

Hiburan Sun, 11 Jan 2026

“Kami Tak Kejar Besar Semata-Mata” – Issey Fazlisham Gabung Elemen Seni, Keluarga & Komuniti

Issey Fazlisham mahu menyatukan elemen seni, keluarga dan komuniti.

Featured Tue, 7 Oct 2025

5 Hari ‘Sepi’ Selepas Dibebaskan Dari Tahanan Isr**l, Haroqs Titip Ucapan Buat Rakyat Malaysia – “Terima Kasih Ambil Berat Tentang Saya”

“Saya menangis tanpa henti bila tengok satu posting ni setelah saya dibebaskan dari penjara”- Haroqs

Trending Thu, 27 Sep 2018

Lorong Tengah Hanya Untuk Memotong, Netizen Sindir Pemandu ‘Bengap’?

Kalau dalam situasi video tadi, andai kata kereta yang record & kereta mangsa keadaan stay kiri je (since kiri kosong), bezza yang laju tu tak perlu pun jadi pelesit tukar lorong kiri ke kanan hujung hujung (memang bahaya sebab blind spot). Ini tak…

Hiburan Mon, 24 Feb 2020

[VIDEO] Macam Majlis Kahwin! Sekitar Majlis Aqiqah Anak Anzalna Nasir Yang Gah

Family En.Nasir ni memang cantik belaka semuanya kan?

Featured Fri, 5 Nov 2021

Comelnya! Viral Di TikTok, Netizen Terhibur Dengan Gelagat 2 Warga Emas ‘Struggle’ Nak Rakam Video

Tular satu video di aplikasi TikTok baru-baru ini apabila melihat gelagat dua wanita warga emas yang membuatkan mereka terkial-kial mengenai fungsi kamera pada telefon bimbit. @lindaaliass Situasi mama and makdak struggle nak flip video guna […]

error: Content is protected !!