Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin March 28, 2025 @ 12:56pm

Iftar Eksklusif ‘Keluarga Itu’ Cipta Memori, Istimewa Peminat Bertemu Barisan Pelakon

Dalam semangat kempen Ramadan Raya Indahkan Memori, drama fenomena Keluarga Itu menghidupkan kehangatan kisahnya ke dunia nyata melalui iftar eksklusif yang berlangsung di LADO By The Lake, Shah Alam pada Rabu.

Majlis iftar ini bukan sekadar sesi berbuka puasa bersama, tetapi juga menjadi peluang istimewa buat peminat untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan para pelakon kegemaran mereka.

Sekaligus, mencipta kenangan bermakna, dan mempererat hubungan silaturahim antata barisan pelakon dan peminat.

Ditaja oleh Samsung, inisiatif ini turut bertujuan untuk memperkukuh promosi siri ini serta meningkatkan penglibatan komuniti dalam RARA 2025.

Mengangkat tema “Ramadan Bersama: Kasih dan Keberkatan”, majlis ini dimulakan dengan penuh keceriaan menerusi dendangan lagu Raya oleh Shahrul Kamal yang membangkitkan semangat perayaan.

Acara bertambah meriah apabila para pelakon Keluarga Itu terdiri dari Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, Izara Aishah, Muaz Zabir, Puteri Balqis, dan Melissa Campbell.

Bukan itu sahaja, para pelakon turut serta dalam segmen permainan interaktif bersama peminat bertuah.

Sebagai penutup bagi acara istimewa ini, persembahan dari pemenang program Famili Duo Musim keempat iaitu, Shiha Zikir dan Ida Zikir tampil menghiburkan peminat dengan alunan lagu Raya yang penuh nostalgia.

‘Keluarga Itu’ Lebih Daripada Sekadar Drama

Sejak episod pertamanya ditayangkan pada 28 Februari lalu, Keluarga Itu telah mencetuskan pelbagai perbincangan hangat mengenai realiti pahit dalam institusi keluarga.

Dengan tema yang sensitif, drama ini menggambarkan konflik rumah tangga, penderitaan anak-anak, serta cabaran membesarkan kanak-kanak istimewa yang menghidap autisme.

Lebih daripada sekadar hiburan, Keluarga Itu membuka mata ramai mengenai realiti kelam kehidupan sebenar

Malah, ramai penonton telah berkongsi pengalaman peribadi mereka setelah menonton drama ini, membuktikan betapa mendalamnya impak yang diberikan.

Keluarga Antara Insan Siri TikTok Yang Menyatukan Komuniti

Dalam majlis yang sama, satu lagi sorotan menarik adalah pengumuman siri TikTok eksklusif ‘Keluarga Antara Insan’, hasil kerjasama dengan Samsung.

Berlatarbelakangkan komuniti erat di Taman Antara Insan, siri 10 episod ini mengisahkan perseteruan kecil antara jiran, Dahlia dan Amir, yang bermula dengan seekor kucing dan calar pada kereta Amir. Namun, dalam suasana Ramadan dan Syawal yang semakin hampir, konflik itu berubah menjadi ikatan ukhuwah penuh gelak tawa, kasih sayang, dan semangat kekeluargaan.

Lebih menarik, dua bintang utama Keluarga Itu iaitu Muaz Zabir dan Puteri Balqis turut membintangi siri ini bersama Aleza Shadan dan Amirulhakim Lokman.

Keluarga Antara Insan bakal menemui penonton di TikTok @samsungmalaysia & @TV3Malaysia. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kisah menarik ini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 24 Aug 2020
Drama Fri, 15 Apr 2022

“Masih Malu… Tak Nak Bercakap, Senyap Je” – Pertama Kali Bergandingan Dengan Sharifah Rose, Ali Reza Ambil Masa Untuk….

Saksikan drama Do You Love Me, Captain? untuk melihat keserasian Sharifah Rose dan Ali Rezark bergandingan bersama.

Trending Hari Ini Wed, 18 Mar 2020
Trending Thu, 9 Jan 2020
Featured Tue, 29 Aug 2023

“Banyak Content Creator Lelaki Masak, Kau Je Muka Tembok Lepastu Bebal” – Tiz Zaqyah Berang Masih Ada Lelaki Suruh Isteri Duduk Dapur Memasak

Ish ish ish dah boleh ubah kot mentaliti macam ni 😌 Sama sama masak kan best, give and take!

Featured Wed, 12 Oct 2022

[VIDEO] Individu Dakwa ‘Bandana’ Mirip Tanda Salib, Peminat Backup Anna Jobling

Ada bunga putih la gaisss, bukan tanda salib tu. Tapi comel ek Anna menari hee 🥰🥰

Featured Wed, 29 May 2024

Didakwa Bersikap Perkauman, Chef Wan Tampil Mohon Maaf – “Saya Hormat Semua Budaya & Agama Di Seluruh Dunia”

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Moga ia jadi pengajaran buat semua.😎

Hiburan Wed, 30 Aug 2023
error: Content is protected !!