Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 28, 2025 @ 4:41pm

“Sebelum Ini Ambil Masa 15 Tahun…” – Imran Ajmain Syukur Lagu ‘Seribu Tahun Lagi’ Cecah 1 Juta Tontonan Kurang Sebulan!

Penyanyi dan komposer terkenal, Imran Ajmain meluahkan rasa sebak apabila lagu baharunya berjudul Seribu Tahun Lagi berjaya mencecah 1 juta tontonan di YouTube.

Menerusi video di platform TikTok, Imran memaklumkan kebiasaannya lagu-lagu hitsnya sebelum ini mengambil masa selama 15 hingga 20 tahun untuk mencapai jumlah tontonan sedemikian.

“Alhamdulillah, lagu saya Seribu Tahun Lagi dah cecah 1 juta tontonan di YouTube. Selama ini saya dapat merasa lagu-lagi saya cecah 1 juta, 10 juta tetapi mengambil masa yang sangat lama hampir 15 hingga 20 tahun.

“Lagu Selamat Ulang Tahun Sayang saya dapat satu juta dalam masa setahun setengah, tapi dengan Seribu Tahun Lagi kami dapat kurang daripada sebulan,” katanya.

Dalam masa sama, Imran turut sempat mengucapkan terima kasih kepada pencipta dan penulis lirik lagu tersebut, penyanyi Amylea Azizan kerana menghasilkan sebuah karya yang sangat bermakna.

“Terima kasih kepada semua pendengar yang kenal saya atau sekadar dengar lagu sahaja. We hit 1 million, Amylea. Alhamdulillah,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengakui mereka menyukai lagu Seribu Tahun Lagi serta mengucapkan tahniah kepada Imran dan Amylea atas kejayaan tersebut.

@omgitsimranajmain

Alhamdulilah, “Seribu Tahun Lagi” mencecah 1,000,000 views di YouTube. Terima kasih semua 🙏🏻 Congratulations to my writer-composer-producer @Amylea Azizan

♬ Seribu Tahun Lagi – Imran Ajmain

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 Sep 2023

“Dia Okay, Dia Wanita Kuat!”- Sharnaaz Ahmad Buka Mulut Isu Cerai Noor Nabila & Engku Emran

Moga Bella makin kuat dan bertambah gojes. Terbaik lah Mamu!🙌

Hiburan Wed, 21 Sep 2022
Trending Sun, 27 Jun 2021
Featured Fri, 3 Jun 2022

Kecoh! Rakyat Persoal Kos Selenggara Istana Negara Cecah Hingga RM519 Juta

JKR telahpun membuat kenyataan berhubung isu ni…

Featured Mon, 29 May 2023
Trending Tue, 5 Oct 2021
error: Content is protected !!