Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 28, 2025 @ 11:04am

Kontroversi Rekaan Samping Tak Jejaskan Jualan Elrah, El Azman Berjaya Raih RM250 Juta Sebelum Syawal

Biarpun berdepan tuduhan meniru rekaan samping daripada jenama pakaian lain, pemilik Elrah Exclusive, El Azman, 37, menegaskan kontroversi tersebut tidak memberi kesan terhadap jualan produknya.

Mengakui isu tersebut sedikit sebanyak menjejaskan nama baiknya, pemilik nama penuh Mohd Himi Che Azman ini mendedahkan perkara itu tidak menghalang peningkatan jualan, malah produk keluarannya tetap mendapat sambutan hangat meskipun di penghujung Ramadan.

“Dalam dunia bisnes, bila kita besar, kita akan diuji. Tuduhan plagiat boleh merosakkan reputasi jika tidak ditangani dengan baik. Tapi satu benda yang orang tak boleh plagiat jiwa jenama.

“Rekaan boleh ditiru, warna boleh disalin, tapi nilai, kepercayaan pelanggan membezakan yang asli dan yang tiruan.

“Namun selepas perkara itu tular, ia tak menjejaskan jualan kami. Sebaliknya jualan kami meningkat naik. Alhamdulillah syukur meskipun di hujung Ramadan ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa Rekaan Samping Hak Milik Suami Diciplak, Tyra Kamaruzzaman Dedah Bukti El Azman Cuba Mengelat?

ARTIKEL BERKAITAN: Nafi Tiru Rekaan Samping Motif Keris, Elrah Exclusive Tak Teragak Ambil Tindakan Undang-Undang 

Tambah El, lonjakan jualan bukanlah disebabkan kontroversi yang melanda, sebaliknya hasil daripada strategi pemasarannya, termasuk pemilihan artis tempatan serta jaguh Muay Thai, Rodtang dan Tawanchay sebagai duta produk.

Bahkan, El bersyukur apabila sasaran jualan sebanyak RM250 juta berjaya dicapai sebelum Syawal menjelang tiba.

“Dengan pengambilan Rodtang dan Tawanchay, ia membuatkan lebih ramai mengenali jenama kami ini. Pengambilan mereka (sebagai duta) memberi kesan baik kepada jenama Elrah.

“Alhamdulillah, tahun ini juga target jualan RM250 juta berjaya dicapai. Angka ini bukan datang semalaman. Ia adalah hasil dari tahun-tahun usaha tanpa henti, eksperimen strategi, dan keberanian untuk berubah mengikut arus pasaran.

“Untuk pengetahuan, jualan di Thailand sangat meningkat iaitu kepada RM70 juta. Malah pengaruh Aisar Khaled dan Fadhli di Indonesia juga meningkatkan jualan di negara sana,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini, pempengaruh Tyra Kamaruzzaman mendakwa rekaan kain samping yang dikeluarkan oleh suaminya, Emran Rijal, telah diciplak oleh sebuah jenama baju Melayu terkenal.

Susulan tuduhan itu, Elrah tampil memberikan penjelasan pada Rabu, menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan ia tidak berasas serta tidak mempunyai asas undang-undang yang kukuh.

Dalam kenyataan yang sama, El juga menegaskan dia bersedia mengambil tindakan undang-undang sekiranya tuduhan itu memberi kesan negatif terhadap reputasi jenamanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Jun 2023
Trending Tue, 4 Oct 2022

Didakwa Tidak ‘Sweet’ Dengan Suami, Ini Respons Mia Ahmad

Tak semestinya tak tunjuk sweet dekat media sosial tak bahagia kan? Memandai je cakap orang mcm tu 🤨

Featured Wed, 17 May 2023
Trending Mon, 11 Nov 2019
Trending Tue, 6 Oct 2020

PM Jalani Kuarantin 14 Hari

Semoga PM kita baik-baik sahaja

Featured Mon, 11 Apr 2022
Hiburan Thu, 2 Jan 2020

“Panggil Saya Lola” – Wan Sharmila

Lala ke Lola ke, dua-dua pun comel!

Featured Mon, 14 Oct 2024

Che Ta Kesal, Tegur Busana Artis Hadir Malam Anugerah Persis Baru Balik ‘Berjogging’ – “Kalau Dah B*doh Fesyen, Hire Lah Stylist!”

Haaa, siapa suruh pakai baju jogging datang anugerah ni??? Kan dah kena marah dengan Che Ta👀

error: Content is protected !!