Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 29, 2025 @ 3:24pm

Shiha Zikir Nafi Bermasam Muka Dengan Rakan Artis – “Siapa Tak Puas Hati Tolong Clear Depan-Depan”

Penyanyi Shiha Zikir terkejut sekaligus menafikan dirinya bermasam muka dengan rakan artis selepas menerima beberapa aduan sama.

Kata Shiha menerusi temu bual bersama program Melodi, ini bukanlah kali pertama dia diajukan soalan sama namun, dia tahu ramai rakan-rakannya tahu dia bukanlah seorang yang suka mencari masalah.

“Alamak, siapa ni? Ini bukan kali pertama saya ditanya soalan sama. Tapi saya nak jelaskan saya memang tak ada masalah dengan sesiapa.

“Orang yang kenal saya dalam industri mereka kenal sangat dengan perangai saya yang sangat nak elakkan masalah. Saya tak suka langsung. Sebab tu kalau anda semua tanya pasal kontroversi memang tak ada.

“Jadi, sekiranya ada yang saya buat ada orang tak puas hati, tolong clear depan-depan. Kita akan explain,” katanya.

Dalam pada itu, Shiha atau nama penuhnya, Nurshiha Mohd Zikir, 37, menegaskan, sebagai seorang yang ‘simple’, dia sentiasa berpegang kepada nasihat ibunya, Rohana Ibrahim agar tidak terlalu memikirkan masalah tersebut.

“Industri kita ni kecil, pusing-pusing situ juga. Untuk masam muka, saya simple sahaja macam ni. Kalau saya tak tahu sebab apa? Let them be. Yang penting saya potray diri saya sendiri. Saya dengar cakap mak, ‘kalau ada orang buat, jangan fikir asalkan kita tahu apa yang kita buat’.

“Kalau ada yang bermasam muka dengan saya, mungkin yang sendiri tidak tahu tolonglah, datang bersemuka dan clear kan everything depan-depan sebab itu yang paling the best selain masing-masing dah besar. Lagipun saya bukan yang suka cakap belakang.

“Sebab kalau orang yang bijak dia boleh berfikir orang tak akan bermasam muka tanpa sebab. Jangan bermuka-muka, kalau tak puas hati cakap depan-depan, lagipun  bukan cara saya yang suka cakap belakang” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 27 Sep 2019

Justin Bieber Kahwin Lagi?

Pasangan ini telah menjemput seluruh ahli keluarga, rakan-rakan terdekat untuk menjadi saksi majlis penyatuan dua sejoli ini.

Hiburan Tue, 30 Jan 2024
Featured Thu, 4 Feb 2021
Hiburan Wed, 21 Aug 2019

‘Memang Rapat Tapi…’- Betul Ke Melissa, Jaa Suzuran Serius Bercinta?

Kemesraan Melissa dan Jaa menjadi bualan warganet apabila mereka saling memuat naik foto mesra sejak penghujung Julai lalu.

Featured Fri, 2 Sep 2022

“Sejarah Akan Berulang Kalau Tidak Dijaga” – Fikry Ibrahim Idam Watak Pahlawan Negara

Fuhh mesti best kan kalau Fikry berlakon watak pahlawan 😍

Trending Sun, 10 Dec 2017

McDonald’s Malaysia Nafi Salur Dana Kepada Israel

“Satu Tuduhan yang Tidak Benar, Dusta, Palsu dan Fitnah” McDonald’s Malaysia Nafi Salur Dana Kepada Israel

Hiburan Wed, 25 Jun 2025

“Tak Perlu Samakan Dengan KRU” – Abby Abadi Jawab Isu Harga Tiket Konsert Elite

Abby Abadi tampil bersuara isu tiket konsert Elite mahal

Trending Fri, 10 Dec 2021

Kaunter Diskaun Bayar Saman Polis & JPJ Ditutup Serta Merta, Penganjur 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Kena Kompaun RM1,000

Dek kerana gagal memastikan penjarakan fizikal serta menjadi penyebab kesesakan di hari pertama acara, penganjur Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dikenakan kompaun bernilai RM1,000 mengikut Akta Pencegahan dan […]

error: Content is protected !!