Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 29, 2025 @ 10:31am

Apwiter, Afif Tirmizie Pertaruh ‘Genggam’, Gabungan Hip Hop & Warisan Melayu!

Dua nama berbakat, Apwriter dan Afif Tirmizie, tampil dengan karya terbaharu berjudul Genggam, sebuah lagu yang menyuntik elemen hip hop, rap, dan pop dengan sentuhan unik instrumen klasik Melayu!

Percubaan berani ini menjadikan Genggam sebuah karya yang segar, unik, dan penuh makna, sekaligus membawa dimensi baharu kepada industri muzik tempatan.

Lebih istimewa, Genggam telah dipilih sebagai lagu tema bagi drama Langit Ke Tujuh, yang kini boleh ditonton di Tonton. Lagu ini mula menemui pendengar sejak 27 Januari 2025.

Sebagai komposer dan penulis lirik, Apwriter mengakui dirinya sangat teruja melihat hasil akhir lagu ini.

“Saya percaya Genggam mampu pergi jauh dan dinikmati ramai. Cadangan pihak Alternate Records untuk berduet dengan Afif adalah keputusan tepat kerana vokalnya benar-benar menghidupkan lagu ini,” katanya.

Tidak sekadar menghibur, Genggam juga membawa mesej yang mendalam mengenai pegangan hidup dan keyakinan diri yang mengingatkan pendengar untuk kekal teguh menghadapi dugaan dan tidak mudah goyah dengan cabaran hidup.

Sementara itu, Afif turut berkongsi keterujaannya dapat terlibat dalam projek ini.

:Sejak pertama kali mendengar demo Genggam, saya terus rasa lagu ini ada ‘jiwa’ yang kuat! Mengingatkan saya kepada kumpulan Nukilan, yang banyak memberi inspirasi kepada muzik saya.

“Rakaman lagu ini hanya mengambil masa dua jam, tetapi semuanya berjalan lancar kerana keserasian dengan Apwriter. Saya yakin dia bakal menjadi nama besar dalam industri dengan karya-karya luar biasanya,” tambahnya.

Dengarkan lagu Genggam oleh Apwriter dan Afif Tarmizie sekarang yang kini boleh didapati menerusi iTunes atau strim terus melalui platform seperti Spotify dan YouTube Music!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 22 Nov 2025

Fazziq Muqris Sah Bergelar Suami Sharifah Areeqa Dengan Hanya Sekali Lafaz

Fazziq Muqris akhirnya selamat menamatkan zaman bujangnya dengan hanya sekali lafaz

Trending Sun, 16 Aug 2020
Trending Thu, 22 Oct 2020
Hiburan Thu, 3 Nov 2022
familuv Sat, 26 Nov 2022

Genap 5 Tahun Kahwin, Ucapan Anniversary Aisyah Hijannah Untuk Alif Teega Undang Sebak

Personaliti media sosial, Aisyah Hijannah menjadi tumpuan warganet setelah memuat naik hantaran momen sepanjang perkahwinan bersempena sambutan ulang tahun yang kelima.   View this post on Instagram   A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah) […]

Featured Fri, 7 Mar 2025

“Tak Kisahlah Nak Pinangkan Madu Atau…” – Mona Allen Minta Jangan Normalisasikan Jaja Isu Rumah Tangga Pada Umum

Ada pihak yang sanggup menjadikan isu rumah tangga mereka sebagai ‘content’ untuk tontonan umum.

Hiburan Tue, 30 Jul 2019

Sindir Penyanyi Muda ‘Bodoh’, Nabila Huda Beri Penjelasan

Harap dipermudahkan segala masalah mereka

Trending Sat, 29 Jan 2022

Fenomena ‘Ikatan Cinta’ Bakal Pukau Penonton Malaysia, Sinetron No 1 Indonesia Ini Kini Ditayangkan di TV9!

Ikatan Cinta, sebuah karya meruntun jiwa arahan Doddy Djanas telah mewarnai saluran TV9 pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7.40 malam bermula 26 Januari lalu. Barisan pelakon hebat seperti Amanda Manopo, Glenca Chysara, Evan Sanders, […]

error: Content is protected !!