Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 29, 2025 @ 10:31am

Achey Berpadu Suara Dengan Baby Feaaa & Tantari, Lagu ‘Ragam Raya’ Meriahkan Syawal!

Penyanyi dan pelawak terkenal, Achey kembali menceriakan suasana Aidilfitri dengan lagu raya terbarunya, Ragam Raya!

Lebih istimewa, lagu ini menampilkan penyanyi baharu Baby Feaaa dan si cilik viral, Tantari, yang mencuri perhatian dengan suara unik mereka.

Mengangkat tema persiapan dan gelagat masyarakat menjelang Syawal, Ragam Raya membawa kisah tentang keterujaan membeli baju baru, kesibukan membuat persiapan, serta keunikan tradisi yang jarang diberi perhatian dalam lagu raya sebelum ini.

Menurut Achey, lagu ini sebenarnya sudah dicipta sejak September tahun lalu, namun proses rakaman mengambil sedikit masa kerana perlu disesuaikan dengan jadual semua artis yang terlibat.

“Saya dah siapkan demo lagu sejak September, cuma rakaman tertangguh sebab kena sesuaikan masa Baby Feaaa dan Tantari. Baby Feaaa masih belajar di Kelantan, jadi ada cabaran sikit nak pastikan semua berjalan lancar,” jelasnya.

Pemilihan Baby Feaaa dalam lagu ini pula mempunyai nilai sentimental buat Achey, kerana dia adalah anak kepada Allahyarham Harun Salim Bachik, individu yang pernah membantu mencungkil bakatnya dalam dunia seni.

“Arwah Harun banyak berjasa pada saya sejak 2012. Bila dia dah tiada, saya rasa terpanggil untuk bantu Baby Feaaa meneruskan legasi seninya. Sebelum ini kami pernah berduet dalam Kabud, dan kali ini kami tampil dengan lagu raya pula,” katanya lagi.

Selain itu, Tantari turut menyumbangkan suaranya dalam lagu ini selepas pernah berduet dengan Achey menerusi lagu Biar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 9 Aug 2022

“Baju Terakhir Arwah Sebelum ke Hospital Jadi Pengubat Rindu” – Shuib Batal Niat Ubah Suai Rumah Gara-Gara Mimpi Sedih

Sedar tak sedar dah genap setahun Allahyarhamah Siti Sarah kembali kepada Pencipta. Semoga Shuib dan keluarga terus kuat. Al-Fatihah 🥀

Trending Wed, 1 Jan 2020

Sekarang Thailand Pula Larang Penggunaan Beg Plastik Mulai 1 Jan 2020

Selepas Malaysia sekarang Thailand ikut jejak untuk larang penggunaan beg plastik

Events Sat, 27 Jul 2019

POTV一周年庆!创办人李俊颉宣布携手黄一山推新节目

POTV一周年庆!创办人李俊颉宣布将携手与香港合作,推出优质节目内容及资源整合平台,满足现代网络用户需求。

Featured Fri, 19 Mar 2021
Hiburan Tue, 15 Oct 2024

Bimbang Penyakit Ain, Riena Diana Elak Terlalu Kongsi Kemesraan Dengan Keith Foo Di Media Sosial – “Demi Menjaga Mental Saya…”

Tu la zaman sekarang ni kalau terlalu kongsi perkara yang menggembirakan pun orang dengki hm

error: Content is protected !!