Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 10, 2025 @ 8:35pm

“Kemain Majlis Kahwin Ada Bunga Api Bagai Tapi… ”- Farah Lee Bakal Ambil Tindakan Tegas, Mahu Individu Bergelar ‘HM’ Langsai Hutang RM40,000

Aktivis dan personaliti media sosial, Farah Lee meluahkan rasa kecewa apabila kenalannya yang dikenali sebagai ‘HM’ gagal melunaskan hutang berjumlah RM40,000.

Menerusi muat naik  di Instagram, Farah mendakwa individu terbabit yang juga dikenali sebagai orang ‘terkenal’  di Terengganu pernah mengadakan majlis perkahwinan mewah lengkap dengan pentas hiburan dan bunga api namun tidak menunjukkan sebarang inisiatif untuk membayar semula hutang miliknya.

“Kemain meriahnya majlis kahwin, siap sampai malam, ada pentas, nyanyi-nyanyi dan bunga api bagai. Tapi hutang RM40,000 tak dapat bayar.

“Dari alasan ke alasan, dari janji ke janji. Dah setahun lebih dah ni,” katanya.

Lebih menyedihkan, Farah sendiri memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana bagi menjimatkan kos, berbeza dengan kenalannya itu yang sanggup berbelanja besar demi majlis berkenaan.

“Aku yang bagi hutang, majlis nikah sekalikan dengan kenduri dua-dua belah pihak sebab nak jimat.

“Resepsi pun sekadar hi-tea, pelamin dan dekorasi minta tolong kawan-kawan, baju kahwin beli di Shopee tak sampai RM100. Emcee atau PA system pun tak ada,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Farah berkata, meskipun perjanjian bertulis lengkap dengan duti setem telah disediakan, namun tindakan undang-undang menjadi rumit kerana individu berkenaan telah melarikan diri ke luar negara.

“Memang aku buat agreement siap duty stamp bagai, tapi kalau dah masuk bab legal process ni memang jadi renyah. Member pula pandai, dah larikan diri ke luar negara,” kongsinya.

“Parents dan abang dia pun aku dah hubungi. Aku dah cakap, kalau masih tak nak bayar, aku akan buat ‘public exposure’. Mereka ajak jumpa, tapi aku tak setuju sebab aku nak semua perbincangan melalui ‘text’ supaya ada bukti bertulis.

“Sekurang-kurangnya tunjuklah usaha bayar sedikit-sedikit. Tapi ini, sampai aku yang segan dan penat nak minta,” ulasnya.

Menganggap ujian yang berlaku sebagai pengkhianatan terhadap persahabatan dan kepercayaan yang telah diberikan, Farah bagaimanapun menegaskan dia   memberikan tempoh selama tujuh hari kepada individu berkenaan untuk tampil menyelesaikan isu tersebut sebelum tindakan undang-undang dan pendedahanbuktti dilakukan.

“Nama member start dengan ‘H’, ayahnya pula ‘M’. Orang yang dikenali juga di Terengganu. Ni aku buat muqadimmah dulu, masih cuba jaga aib member dan keluarga dia. Tapi kalau tak ada tindakan, aku akan start proses undang-undang,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farah Lee (@farahlee_)

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 12 Mar 2019
Hiburan Tue, 5 Sep 2023
Hiburan Thu, 20 Dec 2018

Cili Padi Alasan Vokal Ayu Tak Sehebat Dulu?

Walaupun sibuk di kebun cili, Ayu Damit masih menerima undangan nyanyian.

Hiburan Sat, 29 Jun 2019

Mark Adam Masih Berahsia

Semoga dipermudahkan urusan buat Mark dan ibunya…

Hiburan Fri, 22 Nov 2024
Hiburan Thu, 12 Sep 2024

Saling Tak Mengikuti Di IG, Abby Abadi Sebak Peluk Model Persis Wajah Marissa Dania – “Hanya Rindu”

Perasaan seorang ibu yang amat merindui anaknya 😭😭 Sayunyaaaa

Hiburan Thu, 13 Mar 2025
Hiburan Fri, 23 Nov 2018

Anuar Zain Jadikan Neelofa Contoh Terbaik

Lofa pantas dijadikan panduan bagi menangani netizen mulut bawang

Hiburan Fri, 22 Dec 2023
error: Content is protected !!