Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 15, 2025 @ 3:03pm

Dokumentari Jasa Pak Lah Akan Ditayang Semula

Kementerian Komunikasi akan menyiarkan semula dokumentari yang mengangkat jasa serta kejayaan Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebagai tontonan dan rujukan buat generasi muda.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, turut berkenan agar jenazah Allahyarham dimakamkan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, hari ini.

“Saya mewakili kerajaan ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Bagi pihak Kementerian Komunikasi, saya akan minta agar dokumentasi mengenai pencapaian semasa pentadbiran Perdana Menteri Kelima disiarkan semula sebagai bahan tatapan, khususnya kepada generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di pekarangan Masjid Negara.

Terdahulu, Fahmi hadir menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan turut merakamkan penghargaan kepada organisasi yang mengambil inisiatif menangguhkan atau membatalkan acara sebagai tanda penghormatan atas pemergian tokoh negara itu.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 18 Aug 2018

Fatehah Mustapa Inspirasi Wanita Dalam Dunia Sukan Berbasikal

Semangat dan jati diri yang tinggi menjadikan Fatehah seorang pelumba basikal yang sangat dikagumi.

Events Fri, 7 Sep 2018

Jurnal Minggu Ke-8 : #daiTV3 Beriadah Sambil Terokai Pengalaman Jadi Buruh Binaan

Saksikan jurnal Da’i bagi mengetahui aktiviti Para Da’i kita sepanjang minggu sebelum ke pentas Pendakwah Nusantara Musim Ke-6

Hiburan Tue, 14 Jan 2020
Hiburan Wed, 6 Feb 2019

‘Istiqamah Dalam Tudung Bukan Perkara Mudah’- Emma Maembong Mengaku Sudah Tidak Bertudung

Pelakon ini menerima kritikan dengan hati terbuka & mengaku kekhilafan diri…

Hiburan Wed, 21 Jun 2023

[VIDEO] Kontroversi Anak Seksi, Azhar Sulaiman Tak Nak Panjangkan Isu – “Dia Famous Atas Sebab Yang…”

Rugi masa semua orang… Forgive and forget untuk semua perkara negatif – Azhar Sulaiman

Hiburan Thu, 20 Jul 2023
Trending Wed, 25 Apr 2018

Impian Jadi Kenyataan, Remaja Perempuan Dapat Bimbingan Tiger Woods…

Bekas pemain golf nombor satu dunia itu kemudian menulis mengenai pertemuannya dengan remaja berkenaan di Twitter. Bertuah awak dik, gunakan peluang sebaik mungkin ok!

Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Hiburan Mon, 6 Jan 2020

Mira Filzah Denies Having To Do Anything With Remy Ishak’s Sudden Instagram Cleanse

Maybe not all things are interconnected to each other.

error: Content is protected !!