Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 15, 2025 @ 5:10pm

“Katanya Suara Saya Serak Tapi Boleh Nyanyi Nada Tinggi” – Ramli Sarip Kenang Momen Pertama Bersama Tun Abdullah

Penyanyi legenda Datuk Ramli Sarip, 72, berkongsi kenangan pertamanya bersama Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau baru dilantik sebagai Perdana Menteri.

Katanya, pengalaman pertama bersama mantan perdana menteri ke-5 itu adalah semasa beliau menonton persembahannya menyanyikan lagu Hilang Dalam Gelap, Terbitlah Terang.

Tambahnya, ketika selesai membuat persembahan nyanyian, dia telah diminta untuk menunggu seketika kerana Tun mahu berjumpanya.

“Pengalaman pertama saya dengan Allahyarham Tun Abdullah berlaku ketika beliau menonton persembahan saya di sebuah stadium. Ketika itu saya menyanyikan lagu Hilang Gelap Terbitlah Terang

“Waktu itu saya tidak tahu beliau mahu berjumpa. Penganjur menahan saya dan memberitahu Tun Abdullah ingin bertemu,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Ramli juga menyifatkan, Tun sebagai seorang yang menghargai bahasa puisi dan lagu-lagu yang membawa mesej kehidupan.

Sekaligus, selepas pertemuan itu dia telah diberi kepercayaan untuk menyanyikan puisi ciptaan Allahyarham bertajuk ‘Ku Cari Damai Abadi’ yang sebelum ini pernah dinyanyikan oleh beberapa artis lain.

“Saya rasa lagu Hilang Gelap Terbitlah Terang itu menyentuh jiwanya. Beliau juga pernah berkata, suara saya serak tetapi mampu mencapai nada tinggi.

“Tapi suara hati saya kata, jika saya nyanyikan puisi ini dengan gaya saya sendiri, mungkin akan ada kelainan,” jelasnya.

Ramli turut berkongsi bahawa dia juga telah diberi peluang mempersembahkan lagu tersebut di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur sempena Perhimpunan Agung UMNO.

“Selepas persembahan, saya mahu pulang, tetapi Tun Abdullah datang bertemu dan mengucapkan terima kasih. Beliau menyatakan lagu itu sangat kena dengan apa yang beliau rasakan,” tambahnya.

Lagu ‘Ku Cari Damai Abadi’ turut dimuatkan dalam album Sadaqa yang diterbitkan khas untuk Masjid Hasanah di Singapura.

Bahkan, Ramli menyifatkan pengalamannya bersama Tun Abdullah sebagai sesuatu yang cukup menyentuh hati.

“Saya turut diundang membuat persembahan sempena pelancaran buku beliau, membawakan lagu Ku Cari Damai Abadi.

“Lagu itu juga sering menjadi pilihan saya dalam persembahan bertemakan puisi dan kerohanian,” ujarnya.

Untuk rekod,  lagu tersebut sering dimasukkan dalam persembahannya kerana sesuai dengan konsep dan mesej yang ingin disampaikan.

“Saya pernah bertemu Tun Abdullah kira-kira empat atau lima kali, dan setiap kali berjumpa, ia memberi kesan yang mendalam kepada saya,” katanya.

Sumber: Harian Mtero

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 5 Apr 2022

“Bahasa Indonesia Lebih Diiktiraf Di Peringkat Antarabangsa,” – Menteri Indonesia Tolak Bahasa Melayu Jadi Bahasa Rasmi Kedua ASEAN

Menteri Indonesia turut bercadang untuk menggunakan Bahasa Indonesia sebagai bahasa perantaraan ASEAN.

Trending Sat, 21 Dec 2019

Hanya Kerana Isteri Kuat Berleter, Sekeluarga Maut

Anak-anak comel tapi sayang maut juga

Hiburan Tue, 1 Oct 2019
Trending Wed, 15 Apr 2020
Featured Thu, 16 Jun 2022

#SeoulSaranghae: BTS ‘Hiatus’, Mahu Fokus Projek Solo

Tak kan lah ‘Hiatus’ kannnnn…. Mau menangis hakak!

Trending Tue, 14 Dec 2021

Tegur Rakan Tonton Video Lucah Jadi Punca Buli, 10 Pelajar MRSM Ditamatkan Pengajian Bermula Hari Ini

Sepuluh pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar yang terbabit dalam kes buli baru-baru ini ditamatkan pengajian berkuat kuasa hari ini. Memetik laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) […]

error: Content is protected !!