Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 17, 2025 @ 7:06pm

Dr Maza Puji Karya Erma Fatima – “Hebat Bagi Sebuah Karya Seni Yang Berjaya Bakar Jubah ‘Walid’..”

Meskipun menerima pelbagai kritikan terhadap naskhah terbitannya, dramatis Erma Fatima bagaimanapun menerima pujian dari Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza.

Menerusi ciapan di Threads, Dr Maza mengakui, drama popular terbitan Erma Fatima yang kini menjadi siulan di media sosial itu mampu membuka mata masyarakat.

Malah, naskhah yang disifatkan sebagai ‘teguran’ itu menyebabkan ramai dalam kalangan ‘walid’ kini sudah mula berasa kurang senang.

“Hebat bagi sebuah karya seni yang berjaya membakar jubah ‘walid-walid’ yang selama ini bersembunyi atas nama kerohanian untuk menghisap harta dan diri pengikut mereka.

“Akhirnya, mereka mula kepanasan dan mengulas dengan penuh emosi. Ketika mereka mengangkat jubah bimbang terkena api, mereka terlupa perkara lain pula yang terdedah,” kongsinya.

 

View on Threads

 

Sedar dengan komen yang diberikan Dr Maza, Erma bagaimanapun berkongsi semula hantaran terbabit di ruangan Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pujian terhadap drama rantaian ‘Bidaah’.

Bahkan, drama yang dihasilkan itu disifatkan sebagai tidak skeptikal jika dibandingkan dengan drama lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Feb 2026
Featured Fri, 3 Apr 2020

Kulot sesuai semua saiz badan, selesa pula!

Selesa walau apa sahaja kegiatan dilakukan

Featured Tue, 28 Apr 2020
Hiburan Thu, 7 Nov 2019
Featured Fri, 10 Jan 2025

Kediaman Disewa Sejak 2019, Farid Kamil Tak Tahu Rumah Bakal Dilelong – “Sebelum Ni Tak Ada Masalah”

‘Sebelum ini penyewa membayar terus ke akaun bank pinjaman rumah ini – Farid Kamil

Hiburan Tue, 3 Sep 2019
Featured Tue, 21 Dec 2021

Aktres Squid Game Jung Ho Yeon Nampak Lebih Kurus Daripada Biasa, Peminat Luah Rasa Risau

Baru-baru ini pelakon yang membintangi drama Squid Game, Jung Ho Yeon memuat naik beberapa gambar dirinya di halaman Instagram. Dalam beberapa foto yang dimuat naik, terdapat satu gambar di mana Ho Yeon yang juga seorang […]

Featured Wed, 8 Jan 2025
error: Content is protected !!