Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 25, 2025 @ 6:00pm

“Aku Hilang Segalanya” — Elizad Sharifuddin Luah Hati Rasa Tersisih… Ujian Belum Ada Zuriat

Pelakon terkenal, Elizad Sharifuddin meluahkan isi hatinya mengenai perjalanan hidup yang penuh ujian, terutama dalam isu zuriat dan hubungan sosial bersama rakan-rakan.

Menerusi temu bual podcast bersama sebuah radio, Elizad berkongsi bagaimana dia sering berasa terpinggir apabila melihat rakan-rakan sebaya sudah memiliki anak.

“Kalau pergi majlis kahwin kawan, saya mesti akan cakap dengan suami, ‘mesti dia akan mengandung dulu sebelum saya kan?’ dan perkara itu memang betul terjadi,” katanya jujur.

Lebih menyedihkan, Elizad mengakui dirinya seakan tersisih daripada kelompok kawan-kawan yang sudah berkeluarga, hingga membuatkan dia merasa kehilangan dari segi hubungan sosial.

“Saya sampai terkeluar daripada group dan kawan-kawan sekeliling yang dah ada anak. Bila dah umur macam ni saya berdoa, ‘Ya Allah, Kau tak bagi aku anak, Kau kurangkan aku berkawan, apa lagi yang Kau nak uji aku… aku hilang semuanya’,” katanya sambil menahan sebak.

Namun, di sebalik rasa kecewa dan kesedihan itu, kata-kata suaminya menjadi kekuatan buat dirinya untuk terus bertahan.

“Tapi saya fikir balik apa suami cakap, ‘B, awak hilang dekat dunia lebih baik daripada hilang rasa takut untuk berbuat baik. Awak tak yakin pada Allah nak teruskan kehidupan, meminta kepadaNya’,” ujar Elizad lagi.

Tambah Elizad, situasi ini sebenarnya turut membuka ruang untuknya menilai semula nilai persahabatan yang dimilikinya.

“Tapi bagus juga sebab bila kita kurang berkawan, kita dapat ambil mereka yang berkualiti sahaja,” jelasnya dengan nada positif.

Luahan tulus Elizad ini mengundang empati ramai peminat, yang turut mendoakan agar selebriti ini terus diberi kekuatan dan ketenangan dalam melalui liku hidupnya.

Sumber/Video: Zayan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Mar 2022
Hiburan Sat, 8 Sep 2018

Tahniah! Tasha Manshahar sah bergelar isteri kepada Raqib

Selepas dua tahun perkenalan, penyanyi Tasha Manshahar selamat bergelar isteri kepada penyanyi, Fahrur Raqib Abdul Majid, 28, dengan sekali lafaz di Masjid Jamek Kajang, hari ini.

Featured Mon, 7 Apr 2025

Terkenal Dengan Filem Enam Jahanam, Pelakon Veteran Noor Azizah Meninggal Dunia

Noor Azizah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya akibat sesak nafas.

Hiburan Thu, 16 Oct 2025
Drama Wed, 27 Sep 2023

Tawaran Istimewa ‘Tonton Wonton’ Khas Buat Pencinta Kandungan Filem Menarik Cina

Siapa suka tengok filem Cina? Langgan Tonton Wonton now 🥰

error: Content is protected !!