Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 25, 2025 @ 5:50pm

“Saya Tak Rasa Tersaing Pun” – Erissa Puteri Bersuara, Pertahan Adik Ipar Pakai ‘Veil’ Di Majlis Nikah

Penyanyi dan pelakon, Erissa Puteri akhirnya membuka mulut berhubung isu penampilan adik iparnya yang mencuri perhatian apabila mengenakan ‘veil’ tudung pada hari pernikahannya bersama Muhamad Danial Iskandar, Jumaat lalu.

Menerusi satu video di TikTok, Erissa meluahkan rasa terharu terhadap mereka yang mengambil berat soal emosinya, namun menegaskan dia langsung tidak tersinggung atau merasa ‘tersaing’ dengan penampilan adik iparnya itu.

“Terima kasih buat semua yang prihatin dan ambil tahu tentang perasaan saya. Tapi jujurnya, saya tak rasa pun adik ipar saya overshadow saya. Sebaliknya, saya sangat kagum dan menghargai dirinya.

“Penampilannya langsung tak jadi isu bagi saya, saya okey sepenuhnya,” katanya.

Erissa juga kurang senang dengan kecaman melampau netizen terhadap adik iparnya, dan menyifatkan perkara tersebut sebagai tidak adil.

Menurutnya, dia dan suaminya sudah pun menetapkan tema pakaian untuk para tetamu, dan pemakaian ‘veil’ oleh adik ipar bukan satu kejutan.

“Saya dan Danial memang sepakat pilih warna putih sebagai tema majlis, dan saya tahu lebih awal yang adik ipar akan pakai veil.

“Sebelum majlis pun dia ada tanya pendapat saya. Dia pilih untuk pakai veil sebagai tanda hormat kepada suasana majlis.

“Malah, dia menangis sebab terlalu gembira lihat abangnya bernikah,” ujarnya.

Di akhir perkongsian, selebriti yang berusia 22 tahun menitipkan nasihat agar orang ramai berhenti menyebarkan komen negatif terhadap ahli keluarganya.

Terdahulu, penampilan adik perempuan Danial menjadi bualan netizen selepas tampil bergaya dengan ‘veil’ di hari pernikahan abangnya.

Sebagai info, Erissa Puteri dan Danial selamat diijabkabulkan dalam satu majlis pernikahan serba putih di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur sekitar jam 11 pagi, Jumaat lepas. Pasangan serasi itu dinikahkan oleh jurunikah, Dr Adam, dalam suasana penuh indah dan bermakna.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Mar 2021

Sekolah Di Kota Bharu Ditutup Selepas 11 Guru dan 1 Orang Murid Positif Covid-19

Seramai 11 guru dan seorang murid yang dipercayai positif Covid-19 menyebabkan sebuah sekolah di Kota Bharu, Kelantan ditutup. Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussain. Difahamkan berkemungkinan berpunca daripada seorang […]

Featured Mon, 5 Aug 2024
Hiburan Thu, 10 Jan 2019

蔡迪伸被问到怕!新曲直白《你不要再问我几时结婚》

蔡迪伸被问到怕!全新创作《你不要再问我几时结婚》直接了当的唱出其真实感受。

Hiburan Wed, 22 Jan 2025

Bertemakan #NadaRasa, AJL 39 Janjikan Persembahan Mega 10 Finalis!

#AJL39 janji persembahan 10 finalis luar biasa!

Featured Fri, 3 Sep 2021

Ramai Tak Jujur, Neelofa Cadang Letak Foto Di Sijil Vaksinasi

Berikutan timbul pelbagai kes mengenai anti-vaksin dan sindiket penjualan sijil vaksin palsu baru-baru ini, selebriti popular Neelofa mengemukakan cadangan agar foto pengguna diletakkan di sijil vaksin individu yang telah lengkap dua dos. Neelofa mengutarakan cadangan […]

error: Content is protected !!