Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 28, 2025 @ 5:39pm

[VIDEO] Baca Mesej Bekas Isteri Dengan Skandal, Tular Rakaman Suara Baim Wong Tenang Lafaz Cerai Pada Paula Verhoeven

Meskipun pelakon terkenal Indoensia, Baim Wong dan model, Paula Verhoeven sudah rasmi bercerai, kisah rumah tangga mereka nampaknya belum berakhir.

Baru-baru ini, media sosial kembali kecoh apabila tersebar rakaman suara Baim melafazkan cerai terhadap Paula.

Dalam rakaman tersebut, suasana antara mereka kedengaran tenang sebelum Baim melafazkan talak.

“Bismillah, aku mahu cerai,” katanya dalam nada terkawal.

Paula pula kedengaran merayu berkali-kali, meminta agar tidak diceraikan.

“Jangan sayang, jangan… saya sudah minta maaf,” luahnya dengan sebak.

Namun, Baim tetap dengan keputusannya dan meneruskan lafaz cerai.

“Maafkan aku, aku sudah tidak mampu,” ujarnya yang turut mendakwa Paula telah berbohong kepadanya.

@makassar.today

Rekaman suara Baim Wong ketika menceraikan Paula Verhoeven secara agama sekitar 20 April 2024 sampai 21 April 2024 akhirnya beredar di media sosial. Pada rekaman suara tersebut, sebelumnya Baim Wong mempermasalahkan Paula Verhoeven yang berbohong masih berkomunikasi dengan Niko, pria diduga jadi orang ketiga dalam rumah tangganya. Ayah dua anak itu tak suka mantan istrinya berbohong sudah lama tidak berkomunikasi dengan Niko, tapi ternyata baru beberapa hari chat WhatsApp dengan teman dekatnya tersebut. Paula Verhoeven sempat berdalih dirinya tak ada hubungan apapun dengan Niko, melainkan belajar cara menjadi seorang pemimpin yang baik. #tiktoknews #baimwong #paulaverhoven #artisviral #makassartiktokers #viraltiktok #makassartoday

♬ suara asli – Makassar Today – Makassar Today

Rakaman suara tersebut tular selepas seminggu pasangan itu sah bercerai, susulan dakwaan Paula berlaku curang dengan rakan baik Baim.

Sekadar info, Baim dan Paula berkahwin pada 22 November 2018, hasil perkongsian hidup selama enam tahun itu mereka dikurniakan dua orang anak lelaki.

Pada 8 Oktober 2024, Baim memfailkan gugatan cerai terhadap Paula di Pengadilan Agama Jakarta Selatan.

Dalam persidangan perceraian itu, Paula didapati curang dengan seorang lelaki berinisial NS, yang juga merupakan sahabat dekat Baim sehingga disabitkan nusyuz.

Perceraian mereka telah disahkan pada 16 April 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 May 2025
Hiburan Thu, 10 May 2018

谁那么大胆!小劳勃道尼「900万钢铁人装甲」被偷了

「复仇者联盟」在电影里打击犯罪,拯救宇宙,没想到在现实生活中竟然成为受害者,一副小劳勃道尼(Robert Downey Jr.)曾穿过的钢铁人装甲被偷了!

Featured Wed, 25 Sep 2024

Sebutan Kes Permohonan Cerai Fazura & Fattah Amin Tangguh 7 Oktober Depan

Sama-sama kita doakan yang terbaik nuat pasangan ini❤️🥹

Hiburan Thu, 30 Mar 2023
Hiburan Fri, 19 Sep 2025

“Saya Tahu Apa Yang Berlaku, Tapi Hanya Mampu Doakan” – Danish Hakim Enggan Campur Tangan Isu Rumah Tangga Marissa Dania

Abang kepada pempengaruh dan model, Marissa Dania, iaitu Danish Hakim mengakui dia mengetahui sedikit sebanyak mengenai kemelut rumah tangga yang sedang melanda adiknya itu. Bagaimanapun, Danish memilih untuk tidak berkongsi secara terbuka kerana bimbang sekiranya […]

Featured Sat, 4 Jun 2022

[VIDEO] Minta Izin Sebelum Sentuh Perut, Uyaina Arshad Hindar Perkara Buruk – “Kita Tidak Tahu Niat Orang…”

Please don’t pet me, no petting thank you. Uyaina berhati-hati demi menjaga kandungannya yang sudah hampir enam bulan untuk elak perkara buruk berlaku ❤️

error: Content is protected !!