Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 28, 2025 @ 3:11pm

Masih Aktif, Ben Amir Perjelas Hanya Terima Tawaran Berlakon Filem – “Saya Akan Pulang Jika Ada Projek Menarik”

Pelakon, Ben Amir menegaskan dirinya masih aktif dalam dunia lakonan, walaupun kini menetap dan menjalankan perniagaan di Pulau Siargao, Filipina.

Perkara itu dijelaskan sendiri oleh Ben atau nama penuhnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 35, menerusi satu hantaran di Instagram Story (IGs), baru-baru ini.

“I just want to make it clear that I am still in the business. Saya hanya akan pulang dan berlakon jika ada projek yang menarik. Saya hanya akan fokus pada filem,” tulisnya ringkas.

Kenyataan tersebut sekali gus menjawab persoalan ramai mengenai status kerjayanya, susulan keputusan berpindah ke luar negara.

Terdahulu, menerusi sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya, Ben berkongsi rancangan untuk memulakan kehidupan baharu di pulau tersebut, termasuk membina rumah serta mengusahakan perniagaan sendiri.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tinggalkan Malaysia, Ben Amir Mulakan Kehidupan Baru Di Pulau Siargo Filipina?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Sep 2025

Hamil Kali Kedua, Netizen Syak Syasya Rizal Dapat Anak Kembar Sepasang

Syasya Rizal curi tumpuan didakwa hamil anak kembar sepasang

Trending Wed, 5 May 2021
Hiburan Mon, 10 Jun 2019

Adik Masih Kritikal, Afdlin Shauki Mohon Doa Orang Ramai

Oleh: Endy Ashari Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki berkata adiknya, Jefri Adzman masih berada dalam keadaan kritikal akibat kemalangan petang semalam. “Dia sudah menjalani pembedahan selama empat jam bagi membuang darah beku dan saya […]

Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Dilabel Lembik, Isteri Da’i Farhan Minta Hormati Keputusan

Semoga semuanya baik-baik selepas ni…

Trending Wed, 24 Feb 2021

[EKSKLUSIF] G Dragon & Jennie BLACKPINK Jalin Hubungan Cinta

Wow! G- Dragon & Jennie BLACKPINK ❤

error: Content is protected !!