Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 29, 2025 @ 12:03pm

Ayu Damit, Idayu dan Alyah Bergabung Dalam Showcase Eksklusif ‘An Evening To Remember’ Jun Ini

Tiga penyanyi wanita tersohor tanah air, Datin Alyah, Ayu Damit dan Idayu Yaakob bakal bergabung buat julung kalinya menerusi sebuah showcase eksklusif bertemakan “An Evening To Remember With Ayu, Idayu & Alyah”,

Showcase istimewa yang akan berlangsung di Hotel Park Inn by Radisson Putrajaya pada 21 dan 22 Jun 2025 ini bukan sekadar menyaksikan persembahan solo dari ketiga-tiga penghibur hebat ini malah, turut menampilkan gandingan vokal mereka secara harmoni untuk dua malam berturut-turut.

Menurut Pengarah Kreatif & Perhubungan Media, Slen Fadzil, ilham kolaborasi ini tercetus daripada Datin Alyah sendiri yang menginginkan gandingan padu bersama rakan-rakan baiknya.

“Ketiga-tiga penyanyi ini berasal dari latar pertandingan nyanyian popular iaitu, Bintang HMI, One In A Million, dan Akademi Fantasia Megastar. Masing-masing memiliki kekuatan vokal yang luar biasa.

“Menariknya, mereka berkongsi minat terhadap genre balada dan pop komersial, menjadikan kombinasi ini satu padanan sempurna untuk menghiburkan para peminat,” katanya.

Tambah Slen lagi, sepanjang showcase berlangsung, para penonton akan dihiburkan dengan lagu-lagu hits masing-masing, serta seleksi lagu evergreen dan terkini dari artis tempatan serta antarabangsa.

Showcase yang bertemakan “Pesona Elegan” ini dianjurkan oleh Like Music Entertainment dengan kerjasama Hotel Park Inn by Radisson Putrajaya.

Bukan itu sahaja, penonton yang hadir juga bakal menikmati persembahan eksklusif dalam suasana selesa, malah akan turut disajikan dengan hidangan koktel sebelum persembahan bermula.

Lebih menarik, peminat dari luar Lembah Klang juga ditawarkan pakej penginapan menarik di hotel tersebut.

Turut hadir dalam majlis pengumuman showcase ialah Pengurus Besar Park Inn by Radisson Putrajaya, Encik Yusli Yunus serta Pengarah Projek Showcase, Puan Izza Safinaz Ibrahim bersama rakan-rakan penaja.

Tiket untuk “An Evening To Remember With Ayu, Idayu & Alyah” boleh ditempah bermula hari ini, 24 April 2025. Tiket berharga RM350 (termasuk sesi Meet & Greet, cenderahati dan hidangan koktel) serta RM250 (termasuk hidangan koktel). Tempahan boleh dibuat melalui talian WhatsApp di 6010-211 4687.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Jul 2018

PTPTN Borrowers, Please Update Your Info Within 9 Days

If you don’t you might just regret it.

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

AfroJr and J.M3’s ‘Friendzone’ EP is All About Self Love

Two singers from different genres united with a meaningful tracklist.

Hiburan Fri, 15 Jun 2018

Wow! Che Ta Gayakan 20 Persalinan Raya Ini

Pada mulanya, kami merancang hendak beraya di Australia, tetapi disebabkan anak-anak ada peperiksaan, maka perancangan dibatalkan.

Hiburan Tue, 23 May 2023

Kongsi Foto Berbaju Songket, Anak Perempuan Que Haidar Raih Pujian Netizen

Memang cantik lah anak anak Que Haidar dengan Linda Jasmine

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Hanya Mimpi Beri Inspirasi Buat Caliph Buskers

Selamat mendengar lagu Hanya Mimpi

Hiburan Sun, 18 Aug 2024
Events Mon, 29 Jul 2019

Pertama Kali Turun Jom Heboh, Ini Reaksi Ac Mizal!

Suasana Karnival Jom Heboh malam kelmarin bertambah riuh apabila Datuk AC Mizal membuat persembahan solo dan berduet bersama Masdo dengan lagu ‘Dinda’ di pentas utama karnival itu!

Featured Fri, 23 Jul 2021

Tarikh Pembayaran i-Citra Bermula 2 Ogos Ini

Bayaran i-CITRA akan dibuat secara berperingkat bermula 2 Ogos 2021 ini. Pengumuman itu dibuat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam ciapan terbaharunya hari ini. Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli akan mengambil masa 1 sehingga […]

error: Content is protected !!