Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 30, 2025 @ 12:30pm

Tular Foto Didakwa Ditahan, Saiful Apek Bakal Beri Penjelasan

Tiada angin, tiada ribut, seorang pelawak dan pelakon popular dipercayai telah ditahan oleh pihak berkuasa pada, Selasa.

Menurut sumber, pelawak berkenaan adalah ahli kumpulan Senario, Saiful Apek atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 56.

Menerusi kiriman foto tular, Saiful kelihatan memakai baju Melayu berwarna merah jambu dan ditemani seorang lagi individu.

Manakala mereka disoal siasat oleh dua anggota penguatkuasa di lokasi yang tidak dinyatakan.

Bagaimanapun, memetik laporan mStar, Saiful enggan mengulas lanjut berkenaan insiden tersebut, namun memberitahu bahawa dia akan memberi penjelasan penuh mengenai isu tersebut dalam masa terdekat.

Terdahulu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita penahanan seorang lagi anggota kumpulan Senario iaitu, Yassin Yahya oleh pihak berkuasa Arab Saudi di Lapangan Terbang Jeddah.

Yassin difahamkan ditahan ketika menunaikan umrah bersama rakan-rakan selepas disyaki membawa bahan terlarang, dan kini menjalani hukuman penjara enam bulan selepas dijatuhkan hukuman oleh mahkamah pada November lalu.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 14 Sep 2019

Tiada Lagi Cinta, Adele Umum Bakal Cerai

Adele antara selebriti yang tidak gemar berkongsi kisah peribadinya dengan masyarakat.

Featured Tue, 13 Sep 2022

Syukur Konsert Faztival Dapat Sambutan Hangat, Fazura Raih 2 Pengiktirafan Malaysia Book of Records!

Tahniah Fazura!!! Dengar kata akan ada next Faztival Fazura 😍🔥

Hiburan Thu, 22 Aug 2024
Featured Sat, 31 Dec 2022

Baju Koyak El Azman Dikecam! Netizen Datang Back Up, Siap Dedah Harga Sebenar – “Aku Google, Baju Tu RM4,000”

Usahawan terkenal, El Azman dikecam netizen kerana mengenakan baju ‘koyak rabak’ jenama Balenciaga. @elazman Replying to @Pokyie ♬ Ya Allah – Wali Menerusi video yang dikongsikan oleh El di TikTok, terdapat warganet yang cuba mempertahankan […]

Hiburan Tue, 10 Oct 2023
Hiburan Thu, 10 Oct 2019
Featured Wed, 1 Apr 2026

“Insyaa-Allah Kami Akan Melangsungkan Perkahwinan Pada Tahun Ini” – Syed Saddiq

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi perancangan majlis perkahwinannya diserahkan sepenuhnya kepada tunangnya yang juga  penyanyi, Bella Astillah.

error: Content is protected !!