Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 30, 2025 @ 8:27pm

“Perempuan Cakap ‘Ceraikan Aku’ Sebenarnya Nak Dipeluk” – Aliff Syukri Beri Nasihat Kepada Para Suami

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi meraih perhatian selepas melontarkan pandangannya yang cukup ‘pedas’ namun ada kebenarannya mengenai wanita dan hubungan rumah tangga.

Menerusi satu video yang tular di platform TikTok, Aliff berkongsi nasihat kepada para lelaki agar tidak terlalu cepat bertindak ketika bergaduh dengan pasangan, terutamanya bila si isteri mengeluarkan kata-kata berbaur emosi.

“Bila korang bergaduh, perempuan… tolong jangan bercakap banyak sebab mulut perempuan tak sama dengan apa dalam hati dia. Bila dia cakap ‘kau ceraikan aku’, ‘aku tak nak laki macam kau’, itu sebenarnya dia nak kau pujuk,” katanya.

Lebih membuat netizen terpinga, Aliff turut menyatakan lelaki yang bodoh adalah mereka yang terus bertindak meninggalkan atau menceraikan isteri hanya kerana terpengaruh dengan kata-kata marah yang diluahkan wanita.

Dalam masa yang sama, Aliff turut menyentuh soal wanita berkerjaya yang menurutnya kadangkala ‘terlalu dominan’ dalam rumah tangga sehingga suami merasa terpinggir.

“Mulut dia cakap ‘berambus kau’, tapi dalam hati dia nak kau peluk, belai, dan pujuk. Itulah perempuan.

“Bila wanita ada kerjaya, dia nak jadi pemimpin. Tapi bila tak respect suami, jadi biadap. Sebab tu lelaki hebat tak cari perempuan hebat, dia cari perempuan yang ‘bawah’ sikit dari dia,” ujarnya.

Kenyataan itu telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dimana ada yang setuju dan menyokong pandangannya yang dianggap ‘realistik’, tetapi ada juga segelintir netizen membidas kerana menganggap pendapat tersebut telah memperlekehkan wanita, khususnya isteri yang memilih untuk bersuara dalam perkahwinan.

@anirashop23

#aliffsyukri #datoaliffsyukri #papaterlajaklaris #dherbsterlajaklaris #aliffsyukriterlajaklaris

♬ original sound – AniRa 💥RACUN TIKTOK💥 – AniRa 💥RACUN TIKTOK💥

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 11 Oct 2019

Intipati Belanjawan 2020

Belanjawan 2020 yang bertemakan ‘Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama’ dengan bertunjangkan empat teras utama dalam usaha untuk menstabilkan semula kedudukan kewangan negara kerajaan.

Hiburan Fri, 22 Feb 2019

Happy Birthday Ney Ney! Ini Ucapan Sweet Nora Danish Buat Anaknya

Selalu min pun terhibur bila Nora dan Bossned usik Ney Ney

Hiburan Thu, 11 Oct 2018

HyunA Posts Cute Pictures of Date with E’Dawn in Japan

They look like any cute couple in love.

Hiburan Wed, 11 Sep 2019
Trending Mon, 11 Nov 2019
Hiburan Fri, 10 Nov 2023
Hiburan Thu, 29 Feb 2024
Trending Mon, 12 Jul 2021
error: Content is protected !!