Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 30, 2025 @ 4:43pm

Amerul Affendi Teruja Beraksi Dalam 6 Jilake – “Impian Jadi Nyata Bekerja Dengan Aziz M. Osman & Saiful Apek”

Pelakon versatile, Amerul Affendi yang terkenal dengan watak-watak dramatik kini membuat kejutan apabila tampil sebagai watak utama dalam filem aksi 6 Jilake.

Mengaku tidak pernah membayangkan dirinya terlibat dalam genre aksi komedi, Amerul bagaimanapun menagnggap keputusan itu dibuat atas dorongan untuk mencabar diri dan meluaskan horizon lakonannya.

“Genre aksi bukan sesuatu yang saya biasa lakukan. Tapi saya anggap ini peluang keemasan untuk berkembang dan meneroka sisi lain dalam kerjaya seni saya,”katanya.

Tambah menarik, 6 Jilake turut mempertemukannya dengan dua nama besar industri iaitu Aziz M. Osman, pengarah legenda, dan Saiful Apek, ikon komedi tanah air.

Menurut Amerul, bekerja di bawah arahan Aziz adalah satu pengalaman yang amat bermakna.

“Aziz M. Osman seorang storyteller sejati. Walaupun berpengalaman luas, semangatnya di set sangat luar biasa macam anak muda! Cara nya menyampaikan visi kepada pelakon sangat jelas dan berkesan. Saya banyak belajar daripadanya,” jelasnya.

Cabaran Fizikal & Mental

Melakonkan babak-babak aksi nyata bukan tugas mudah namun, bagi Amerul, kemahiran silat yang dipelajarinya semasa sekolah serta latihan Muay Thai daripada projek terdahulu sangat membantu.

“Latihan intensif selama dua minggu sebelum penggambaran sangat penting. Koreografi aksi memerlukan tumpuan dan stamina tinggi. Ditambah pula cuaca panas terik sehingga 37 darjah Celsius, ia benar-benar menguji ketahanan fizikal dan mental,” kongsinya.

Namun, segala kepenatan itu dibalas dengan pengalaman manis apabila dapat berlakon bersama Saiful Apek, seorang figura yang selama ini hanya ditontonnya di layar perak.

“Apek bukan sekadar legenda komedi, dia juga sangat ‘happy-go-lucky’ dan menceriakan suasana.

“Saya rasa bertuah dapat berkongsi set dengannya,” ulasnya.

Impian Masih Panjang

Walaupun kini sudah menceburi genre aksi, Amerul masih menyimpan hasrat untuk meneroka genre lain antaranya membintangi filem cinta.

“Saya memang nak cuba watak romantik suatu hari nanti.

“Nyanyi mungkin bukan kekuatan saya, tapi lakonan adalah cinta sejati saya,” ujarnya.

6 Jilake bukan sekadar filem aksi, ia adalah lambang keberanian seorang pelakon yang sanggup keluar dari zon selesa demi seni dan pencapaian peribadi.

Dengan semangat dan dedikasi tinggi, Amerul Affendi terus membuktikan dirinya sebagai antara pelakon paling berani dan berbakat dalam industri hiburan tanah air.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Feb 2024
Trending Tue, 16 Jan 2024

Lagi Sebulan Nak Naik Pelamin, Bakal Suami Ini Mengaku Rog*l Gadis Tingkatan 1 Hingga Lahirkan Anak

Banyak betul kes rog*l sekarang ni…harapnya dapat dijadikan iktibar buat semua orang lah!

Hiburan Wed, 8 Oct 2025

Retrospektif Showcase Jadi Persembahan Istimewa, Afgan Bakal Bertemu Peminat Malaysia 5 Disember Ini!

Afgan Retrospektif Showcase akan berlangsung pada 5 Disember 2025 di Zepp Kuala Lumpur.

Trending Fri, 23 Oct 2020

ABPBH33 Dah Makin Dekat, Jom Semak Cara Undi Artis Kegemaran Anda

Korang rasa siapa yang bakal jadi wajah baru ABPBH?

Hiburan Thu, 28 Feb 2019

Mahu Ulang Fenomena 12 Tahun Lalu, Imran Ajmain Hadiahkan Intan Dan Perak

Naratif itu juga boleh digunakan di dalam perhubungan moden di mana wanita zaman kini punya pendidikan tinggi sekali gus memiliki pendapatan tinggi hingga menjadikan golongan lelaki pula tidak mampu melakukan hal sama termasuk mengekalkan hubungan.

Featured Thu, 30 Nov 2023
Featured Tue, 4 Oct 2022
Featured Tue, 4 Oct 2022

Dipakaikan Pendakap Leher, Lesti Kejora Alami Tulang Bergeser Akibat Dipukul

Allahuakbar 😥 Semoga Lesti cepat sembuh & mendapatkan keadilan sewajarnya 💪

Featured Mon, 11 Sep 2023
error: Content is protected !!