Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 2, 2025 @ 6:09pm

Amir Ahnaf Utamakan Hormat & Keselesaan Berlakon Dengan Pelakon Wanita – “Sentuhan Hanya Bila Wajar, Bukan Suka-Suka”

Pelakon, Amir Ahnaf, memilih untuk berlakon dengan penuh kesedaran dan sensitiviti, terutama apabila terlibat dalam babak bersentuhan dengan pelakon wanita.

Ketika ditemui XTRA, Amir, atau nama sebenarnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 25, berkata dia sentiasa memastikan wujudnya komunikasi terbuka dan keserasian antara dirinya dan pelakon gandingan sebelum melakonkan babak yang menyentuh secara fizikal.

“Bagi saya, semuanya bermula dengan rasa hormat dan keselesaan bersama. Kalau pasangan saya dalam babak tu tak selesa, saya takkan paksa. Kita cari cara lain. Apa-apa pun mesti bincang dulu, elak salah faham,” katanya.

Amir berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran drama terbaharunya Pabila Dia Tersenyum, yang berlangsung di Sunway Pyramid, Selangor.

Mengulas lebih lanjut, Amir turut menegaskan dia mempunyai prinsip jelas untuk tidak bersentuhan jika pelakon wanita itu sudah bergelar isteri orang.

“Saya okay je kalau ada babak bersentuhan, selagi pelakon tu belum berkahwin. Tapi kalau dia dah bersuami, saya lebih selesa elakkan terus. Itu prinsip saya — hormat pada batas dan pasangan orang lain,” jelasnya.

Bercerita lagi, Amir juga memaklumkan dia menjalani penggambaran bersama pelakon remaja berbakat besar, Puteri Balqis, yang ketika itu baru berusia 17 tahun.

Demi memastikan keselesaan bersama, Amir memilih untuk mendekati Balqis atau lebih mesra disapa Aqish dengan cara penuh tanggungjawab.

“Masa tu saya fikir, ‘macam mana nak buat ni dengan selamat dan selesa?’ Jadi saya ambil pendekatan untuk anggap Aqish macam adik sendiri. Bila dah ada rasa sayang dan hormat tu, semuanya jadi lebih mudah dan semula jadi,” kongsinya.

Walaupun pernah melakonkan beberapa babak menyentuh fizikal, Amir bersyukur kerana tidak pernah berdepan kecaman mahupun ugutan daripada peminat.

“Alhamdulillah, setakat ni tak pernah ada peminat yang marah atau kecam. Saya percaya bila kita hormat orang, orang pun akan hormat kita balik. Kita pelakon, tapi tetap kena tahu batas,” tambahnya.

Kini, Amir kembali mencuri perhatian sebagai watak utama dalam drama bersiri Pabila Dia Tersenyum, yang ditayangkan di platform VIU setiap Khamis, Jumaat dan Sabtu mulai 24 April 2025.

Selain Amir, drama ini turut dibintangi pelakon popular seperti Alya Iman, Adam Lee, Iqram Dinzly, Marissa Yasmin dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 Aug 2025

“Ibu Tunggal Bukan Lemah, Dia Memilih Untuk Kuat”- Rita Rudaini

Ibu tunggal bukan lemah tapi memilih untuk kuat.

Featured Wed, 15 May 2024
Featured Sat, 26 Jul 2025
Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Bila Ronaldo Naik Angin…Ini Jadinya!

Cristiano Ronaldo membuat keputusan selepas tidak berpuas hati dengan pengurusan tertinggi yang didakwa mungkir janji mengenai tawaran dalam kontrak baharunya.

Featured Tue, 23 Dec 2025

Uqasha Senrose Tak Berdiam Diri, ‘Cari’ Individu Tabur Fitnah – “Terlampau Jahat Sangat Kata-Kata Manusia”

Mengakui baru pertama kali bergelar ibu, Uqasha atau nama lengkapnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata, situasi tersebut memberi kesan mendalam kepada emosinya.

Hiburan Fri, 25 Oct 2019
Hiburan Fri, 24 Oct 2025

JAIP Sahkan Kamal Adli, Uqasha Senrose Bernikah 4 November 2021 Mengikut Hukum Syarak

Bapa pengantin perempuan telah mewakilkan (wakalah wali) kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan

Trending Sun, 25 Aug 2019

Duit USD101,500 Disamun Sewaktu Pertukaran Wang

Bukan setakat cedera kerana bertumbuk, duit pula disamun sewaktu kejadian

error: Content is protected !!