Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 15, 2025 @ 1:24pm

Individu Wanita Jadikan Fazura Idola, Empunya Badan Beri Pesanan — “Kalau Dah Rasa Kosong, Itu Petanda Dah Nekad Sehabisnya”

Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura, menitipkan kata-kata semangat buat seorang wanita yang baru sahaja melalui detik perit penceraian.

Menerusi hantaran di platform Threads, wanita berkenaan meluahkan rasa hatinya yang sudah lama ‘kosong’ dalam rumah tangga yang dibina, selain menyuarakan harapan agar dirinya mampu menjadi ibu tunggal yang kuat seperti Fazura.

Meninjau ruangan itu, Fazura tampil memberikan respons penuh empati, menyifatkan perasaan kosong itu sebagai petanda bahawa wanita terbabit sudah bulat hati dan teguh dengan keputusannya.

Dalam penuh doa, bintang filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu turut berharap wanita tersebut dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan hakiki selepas melalui ujian hidup yang berat.

“Awak akan kuat dengan bantuan dan izin Allah SWT. Kalau dah rasa kosong itu petanda memang dah nekad sehabisnya. Ini adalah yang terbaik, sekurangnya saya boleh katakan untuk diri sendiri.

“Semoga dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan sejati. Amin, hugs and love,” tulisnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Feb 2018

AL FATIHAH, PELAKON AZMIL MUSTAPHA MENINGGAL DUNIA

Arwah difahamkan meninggal dunia ketika sedang tidur dan jenazahnya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam

Hiburan Wed, 22 Jan 2025

Bertemakan #NadaRasa, AJL 39 Janjikan Persembahan Mega 10 Finalis!

#AJL39 janji persembahan 10 finalis luar biasa!

Events Sat, 15 Dec 2018
Hiburan Sun, 3 Apr 2022
Trending Fri, 6 Mar 2020
Hiburan Sun, 6 Jan 2019
error: Content is protected !!