Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Aqilah Paharuzi May 15, 2025 @ 7:38pm

Isteri Pemandu Trak FRU Maklum Suami Dihimpit Rasa Bersalah, Tak Henti Minta Maaf Pada Rakan Sepasukan

Tragedi yang meragut sembilan nyawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terus menghantui pemandu trak, Koperal Mohd Harrisul Ikhsan Mohd Mahabudin, yang masih dalam rawatan selepas kemalangan ngeri itu.

Menurut isterinya, Nor Ain Ahmad Hesam, 36, suaminya yang kini dirawat di Hospital Teluk Intan baru sahaja pulih sepenuhnya daripada keadaan separuh sedar, dan hanya semalam diberitahu mengenai sembilan rakan setugasnya telah terkorban dalam kemalangan tersebut.

“Baru semalam dia diberitahu sembilan rakan dia sudah tiada. Dia terus menangis, rasa bersalah sebab dia yang memandu. Dia kata pada saya, ‘Ini semua salah saya’,” katanya.

Menerusi laporan Harian Metro, isterinya turut menceritakan detik menyentuh hati apabila suaminya menghubungi dua rakannya untuk memohon maaf.

“Dia buat panggilan video dengan Koperal Nizam Tarmizi, minta maaf sungguh-sungguh. Lepas tu jumpa pula Koperal Mohammad Zulnaidi Muhammad Zulkifli, dan ucap perkara yang sama. Hati saya luluh tengok keadaannya,” katanya.

Walaupun suaminya sedang berdepan trauma emosi, Nor Ain bersyukur kerana dia tidak keseorangan. Sokongan daripada rakan-rakan seperjuangan hadir tanpa henti.

“Tak ada seorang pun yang salahkan dia. Semua kawan beri kata-kata semangat, nasihatkan supaya jangan tanggung rasa bersalah seorang diri,” jelas Nor Ain, sambil memberitahu suaminya telah berkhidmat dalam pasukan polis lebih 11 tahun.

Menurutnya lagi, Harrisul mengalami kecederaan di bahagian kepala dan beberapa tulang rusuknya patah, namun keadaannya kini stabil.

“Syukur, dia dah boleh ke tandas sendiri walaupun masih lemah. Tapi dia langsung tak ingat apa-apa pasal kemalangan tu. Bila sedar, dia cuma tahu-tahu dah ada di hospital,” jelasnya.

Bagi Nor Ain, detik pertama menerima berita kemalangan itu akan kekal dalam ingatannya selamanya.

“Saya hampir pengsan. Saya berdoa tanpa henti, harap suami saya masih hidup. Saya hubungi ramai orang, terdesak nak tahu keadaan dia,” ujarnya sebak.

Terdahulu pada Selasa, sebuah trak FRU dari Unit 5 Sungai Senam yang membawa 18 anggota terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa batu sekitar jam 8.50 pagi.

Lapan anggota meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi disahkan meninggal ketika dirawat di Hospital Teluk Intan, sembilan anggota lain mengalami kecederaan.

Difahamkan, trak FRU itu dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai bertugas sempena sambutan perayaan Chitrapournami, sebelum dilanggar lori terbabit.

Sumber: Harian Metro

Kredit foto: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 1 Oct 2021

Azzam Sham Selamat Bertunang Dengan Sheryl Shazwanie

Penyanyi muda, Azzam Sham, 24, selamat melangsungkan pertunangan dengan penyanyi Sheryl Shazwanie, 24, semalam. Selepas menjalin hubungan cinta, Azzam dan Sheryl melangkah ke fasa seterusnya dan memilih ulang tahun kelahiran Sheryl sebagai tarikh istimewa pertunangan […]

Trending Mon, 30 Apr 2018

‘Kota Hiburan’ Ala Disneyland Dibuka Di Riyadh

Antara bentuk hiburan yang terdapat di situ terdiri daripada Taman Tema Six Flags, litar permotoran, karnival kebudayaan, taman tema air, dan kompleks penginapan.

#BabyXTRA Fri, 24 Mar 2023

#BabyXTRA: Mommy Blues Is Real! Uyaina Arshad Tertekan Susu Tak Keluar… Terima DM Ramai Kata Bersalin Cara Bedah Kurang Pahala?

Tak kisah la bersalin cara normal atau czer, yang penting baby sihat walafiat kan 🫶🏻

Featured Tue, 10 Dec 2024
Hiburan Wed, 3 Jan 2024

Lengkap Satu Keluarga, Ayda Jebat Akhirnya Kongsi Wajah Anak Kedua

Aww comelnya Aali Mateen! Haa muka dadaa ke muka mommy dia?

error: Content is protected !!