Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 19, 2025 @ 3:48pm

“Masing-Masing Macam Senduk, Ada Hati Nak Kritik” – Atikah Suhaime Berang Netizen Tegur Makan Ikan Pari 

Pelakon jelita, Datin Atikah Suhaime tidak berdiam diri apabila menerima kecaman segelintir netizen gara-gara berkongsi video menikmati asam pedas ikan pari yang dimasak ibunya.

Video yang dimuat naik di TikTok itu mengundang pelbagai komen netizen yang mengatakan ikan pari tidak sesuai dimakan wanita yang berpantang kerana dianggap ‘berbisa’.

Namun, Atikah tampil menegur netizen yang terlalu lantang memberi komen, sedangkan dia sendiri sudah selesai menjalani tempoh berpantang menerusi hantaran di Instagram Story (IGs).

“Ada ke patut rata-rata yang komen di TikTok kata ‘pari berbisalah’, nanti ‘anak saya kembunglah’. Takkanlah mama saya nak racun anak sendiri? Agaklah.

“Selepas itu, sibuk lagi cakap pasal makanan pantang, padahal saya dah habis pantang. Orang yang komen pasal makanan pantang masing-masing sudah macam peti sejuk tiga pintu.

“Tiada satu pun yang sibuk komen pasal pantang, awet muda macam mama saya,” katanya.

 

Aktres drama rantaian Aku Seorang Perempuan itu turut menggelarkan netizen yang menegurnya itu sebagai ‘senduk’ sekali gus menegaskan dia tidak memerlukan ‘ceramah’ daripada mereka yang tidak dikenali di media sosial lebih-lebih lagi soal pemakanan.

“Kalau awak tak nampak awet muda, badan slim, tolong… saya tidak perlukan nasihat awak berkaitan pantang.

“Awak nasihat dan cantikkan diri sendiri dulu, baru nasihat orang lain. Ada hati nak cakap itu ini, sudahlah macam senduk je masing-masing.

“Mama saya masak, saya makan. Saya okay, anak saya pun okay. Itu yang penting,” katanya ringkas.

Terdahulu, video Atikah menjamu asam pedas pari tular di TikTok apabila ramai netizen menyuarakan kebimbangan kononnya ikan pari tidak sesuai dimakan wanita selepas bersalin kerana dianggap berbisa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 19 May 2019

Anak Minta Henti Sebar Gambar Ibu Kemalangan

“Tolong Delete Atau Segera Hapuskan Gambar Mami”,

Events Wed, 15 Jan 2020

Ayie Floor 88 Rebah Ketika Buat Persembahan?

Semoga cepat sembuh ye Ayie!

Featured Tue, 11 Nov 2025

“Bila Saya Kata Busy Cari Nafkah, Tolong Faham” – Raf Yaakob Terbuka, Izin Pasangan Akses Telefon 24 Jam

Jelas Raf, sikap terbuka itu bukan sekadar untuk menunjukkan kejujuran, tetapi cara untuk membina kepercayaan dalam hubungan.

Featured Mon, 7 Nov 2022
Featured Wed, 5 Nov 2025

Ernie Zakri Angkat Pop Moden Berunsur Funky, Single ‘Dansa’ Tampil Mesej Positif

Ernie Zakri, kembali dengan buah tangan terbaharunya berjudul Dansa.

error: Content is protected !!