Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 19, 2025 @ 4:18pm

Suami Rahimah Rahim Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Suami kepada penyanyi veteran terkenal Singapura, Rahimah Rahim, iaitu Allahyarham Juraimi Taib, telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 69 tahun di Singapura, Khamis lalu.

Berita duka itu dikongsi sendiri oleh Rahimah menerusi hantaran di Facebook (FB)  kira-kira sejam yang lalu, sekaligus mengejutkan para peminat dan rakan.

Allahyarham yang mesra dikenali sebagai Remy, disifatkan sebagai seorang yag penyayang dan merendah diri.

Malah, arwah selama ini dilaporkan banyak memberikan sokongan kepada karier seni isterinya.

“Innalillahirojiun…Al Fatihah buat insan yang berhati mulia dan disayangi, suami saya, Juraimi Taib (Remy).

“Saya dan keluarga merasa teramat sedih atas pemergian arwah pulang ke Rahmatullah pada Khamis pagi, iaitu 15 Mei 2025.

“Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih buat semua sahabat dan famili yang banyak membantu saya dalam mengendalikan jenazah arwah,” katanya.

Bagaimanapun, punca kematian tidak didedahkan, namun pemergiannya nyata meninggalkan kesan mendalam kepada Rahimah dan seluruh ahli keluarga.

Dalam pada itu, Rahimah yang popular dengan lagu Gadis dan Bunga itu memohon kenalan arwah suami agar dapat memaafkan segala kekhilafan beliau.

“Kami juga mohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan. Sekiranya ada sesiapa mengenali arwah dan jika ada urusan yang masih tertunggak, iaitu belum sempat arwah lunaskan, silalah DM saya secara langsung.

“Semoga roh Allahyarham Juraimi ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan bertaqwa dalam rahmat Allah SWT,” jelasnya.

Sekadar info, Rahimah berkahwin dengan Juraimi yang juga pegawai bank pada 1994. Mereka dikurniakan anak perempuan, iaitu Amalyn Aishah.

 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Oct 2024

Sukar Menangis Bawa Watak Berat, Riena Diana Gementar Pertama Kali Berlakon Bersama Keith Foo Dalam Drama Salju Rindu Di Bumi Auckland 

Yang penting lakonan Riena & Keith Foo mantap dalam drama Salju Rindu Di Bumi Auckland ni kan!

Featured Wed, 16 Jul 2025
Trending Mon, 13 Apr 2020

Ramadan Tahun Ini Sepi Tanpa Bazar Ramadan

Kebenaran ini pahit untuk diterima..

Trending Mon, 16 Apr 2018

Cheap Singaporean BMW Driver Scams Caltex Worker into Paying for his Petrol

This incident has turned into a national case. Everyone is hunting for the BMW driver!

Hiburan Wed, 17 Oct 2018

” Tahniah! What A Fantastic Occasion” – Ucapan Bekas Suami Buat Fasha Sandha Undang Kontroversi

Nak tahu apa status hubungan terkini Fasha Sandha? Klik artikel untuk berita selanjutnya

Featured Sun, 29 Jun 2025
Featured Thu, 21 May 2020

Rumah kampung, tetapi hiasan ruang tamu mengalahkan kondominium!

Bijak sungguh pemiliknya menghias rumah!

Filem Thu, 16 Apr 2026

‘Susuk’ Antara Mitos Lama & Obsesi Moden, Rahsia Di Sebalik Seri

Susuk sering muncul sebagai simbol mistik yang dikaitkan dengan kecantikan dan pengaruh.

error: Content is protected !!