Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Aqilah Paharuzi May 19, 2025 @ 3:50pm

Individu Dakwa Alami Cirit Birit Lepas Makan Pizza Wagyu Usahawan Terkenal? – “Doktor Syak Punca Daripada Cara Pengendalian Makanan”

Seorang wanita mendakwa dirinya dan suami terpaksa mendapatkan rawatan di klinik selepas mengalami muntah serta cirit-birit dipercayai berpunca daripada pizza wagyu yang dibeli daripada seorang usahawan terkenal.

Perkongsian itu dibuat wanita berkenaan menerusi satu komen di platform Threads, apabila dia tampil menceritakan pengalaman pahit selepas menjamu selera pizza berkenaan pada Ahad lalu.

“Suami saya teringin sangat nak rasa, nak tahu betul ke sedap seperti yang diuar-uarkan. Tapi akhirnya kami berdua terpaksa ke klinik swasta. Suami masih muntah dan cirit,” tulisnya.

Menurut wanita itu lagi, doktor yang merawat turut mengesyaki masalah itu mungkin berpunca daripada cara pengendalian makanan yang tidak menepati piawaian.

Lebih mengejutkan, wanita terbabit memberitahu bahawa dia sudah melaporkan kejadian itu kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.

Insiden itu tular selepas seorang pengguna Threads meluahkan rasa kurang senang terhadap cara pengendalian makanan oleh usahawan berkenaan yang didakwa tidak mengikut standard kebersihan.

Tidak berakhir di situ, seorang lagi individu turut tampil mendakwa mengalami kejadian serupa selepas menikmati hidangan pizza dari perniagaan usahawan itu yang berlaku pada tahun 2023, sebelum figura berkenaan bercerai dengan bekas isterinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 10 Jun 2019

日本推出「皮卡丘」主题婚礼!婚礼招待、料理、结婚证书全是皮卡丘

红包请放在宝贝球里!日本推出「皮卡丘」主题婚礼,从婚礼招待、婚宴料理到结婚证书全是皮卡丘。

Featured Fri, 14 Feb 2025

Kongsi Gambar Cincin Bersama, Syafiq Kyle & Mimi Lana Nikah Hari Ini?

Majlis pernikahan dilaporkan berlangsung secara tertutup tanpa mahu diketahui umum.

Events Fri, 20 Jan 2023

Tular Foto Siti Bainun & Peguam Layan Movie, Che Puan Khaleeda & Aktivis #JusticeForBella Tampil Bersuara!

Netizen pun pening tengok kejap tak kawan, kejap kawan. Abis tu yang Bainun nangis tu betul ke?

Trending Mon, 10 Dec 2018

Roger Sudah Tiada…Kangaroo ‘Sado’ Ini Pernah Curi Tumpuan Dunia Pada 2015

Roger amat disayangi oleh seluruh penduduk di dunia ini. Walaupun jasadnya sudah tiada, semangat Roger akan sentiasa ada di sini

Featured Wed, 27 Aug 2025

“Arwah Hidap Kanser Disember Tahun Lalu & Sudah Merebak” – Anuar Zain

Kata Anuar, segala proses pengurusan jenazah dipermudahkan dan berlaku dengan sangat pantas.

error: Content is protected !!