Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 22, 2025 @ 11:45am

Fesyen Tudung Dikritik, Tya Ariffin Titip Kata-Kata – “Kesempurnaan Hanyalah Milik-Nya”

Penampilan gaya tudung yang dikenakan usahawan selebriti, Tya Ariffin baru-baru ini ternayat menyorot perhatian ramai.

Mana tidaknya, foto memakai tudung menampakkan rambut ketika hadir pada sesi pengajiannya di University of Oxford, London ternyata mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Malah, rata-ratanya mengkritik sekaligus menitipkan doa agar menantu kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu kekal istiqamah.

ARTIKEL BERKAITAN:Pakai Tudung Nampak Rambut, Netizen Harap Tya Arifin Terus Istiqamah Jaga Aurat

Bagaimanapun, sedar dengan komen yang diberikan, Tya atau nama penuhnya, Nurtria Wulandari Arifin, 30, tampil memberikan respons susulan isu tersebut.

Menurutnya, selain terus belajar menilai diri  sendiri, dia juga beranggapan kesempurnaan itu adalah milik Allah SWT.

“Menjadi sempurna bukanlah tujuan keran kesempurnaan itu hanyalah milik-Nya.

“Yang terpenting adalah bagaimana kita terus belajar menilai diri sendiri, merenungi kekurangan dan memperbaiki dari hari ke hari. Dalm diam, dalam doa.

“Sebelum sibuk menjaga hati orang lain, belajarlah terlebih dahulu menjaga hati sendiri.

“Sebelum menuntut dunia untuk memahami. Belajarlah memahami makna ikhlas  dan bersabar,” katanya.

Perkara itu dikongsi Tya menerusi muat naik di laman sosial media miliknya beserta foto memakai baju putih yang dipadankan dengan tudung berona sama.

Manakala, menerusi perkongsian sama, pengasas produk kecantikan Mutyara itu juga sempat berpesan agar individu di luar sana sentiasa berfikiran positif dengan setiap hal kecil yang berlaku di sekeliling.

“Berkata baik, bersangka baik meski hati lelah dan dunia tak selalu ramah.

“Kerana setiap kebaikan yang kau tanam, pasti akan kembali padamu dengan cara-Nya,”jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 27 Nov 2021

“Saya Tak Nak Susahkan Orang” – Tolak Tawaran Pengacaraan, Karl Shafek Tak Ralat

Pengacara dan pelakon, Karl Shafek tidak ralat apabila terpaksa menolak beberapa tawaran dalam bidang pengacaraan. Menurut Shafek atau nama sebenarnya, Khairul Shafek Ibrahim, 41, dia tidak mahu membuat banyak perkara dalam satu masa. “Saya dah […]

Hiburan Tue, 3 Mar 2026

Sasha Saidin Maklum Keadaan Suami & Keluarga Selamat Di Dubai – “Keadaan Di Sana Masih Terkawal”

Sasha Saidin meluahkan rasa syukur keadaan suaminya, Sirhan dan rakan-rakan di Abu Dhabi dan Dubai

Hiburan Sat, 12 Jul 2025
Hiburan Wed, 6 Sep 2023
Trending Mon, 29 Jun 2020

[Terkini] Orang Ramai Kini Boleh Hadir Ke Majlis Perkahwinan, Tidak Melebihi 250 Orang

Buat mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat..

Featured Wed, 21 Aug 2024

Kongsi Rutin Harian Bersama Ibu Bapa, Shukri Yahaya Bikin Netizen Sebak! – “Comelnya! Bila Dengan Parents Auto Jadi Budak Kecil”

Alahai, comelnyaaaa! Moga ibu bapa kita semua happy dan dikurniakan kesihatan yang baik-baik❤️

error: Content is protected !!