Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 27, 2025 @ 11:58am

[VIDEO] “Nak Mulan Kahwin Orang Kenamaan Tapi…” – Atikah Suhaime Kongsi Impian Untuk Anak

Pelakon Datin Atikah mengakui dia mempunyai impian besar untuk anak perempuannya, Lyla Mulan Teh, namun sedar tidak semua kehendak ibu akan selari dengan takdir anak.

Menerusi satu perkongsian di TikTok Pa&Ma, Atikah berkata sebagai ibu, dia mahu segala yang terbaik buat anak tunggalnya itu dari pendidikan, karier sehinggalah ke jodoh.

“Kalau boleh saya nak kawal hidup dia. Nak dia jadi ballerina, kahwin dengan orang ada kenamaan, masuk sekolah terbaik,” katanya.

Namun katanya, dia juga sedar kehidupan yang dilalui anaknya nanti adalah pilihan dan jalan yang harus ditentukan sendiri.

“Tapi akhirnya, itu hidup dia. Mama saya dulu pun ada macam-macam harapan untuk saya. Saya tak kahwin dengan anak raja, tapi kahwin dengan Datuk pun jadilah,” katanya berseloroh.

Menurut Atikah, sebagai ibu, dia hanya mampu merancang dan memberi panduan, namun selebihnya diserahkan kepada Mulan untuk memilih jalan hidup sendiri.

“Kita nak rancang semua benda, tapi tak semestinya ia baik untuk dia. Saya biarkan dia pilih sendiri,” katanya.

Tambah Atikah, dia turut berharap hubungan dengan anaknya kekal baik sampai bila-bila, dan tidak menjadi renggang seperti mana yang pernah berlaku antara dirinya dan ibunya satu ketika dahulu.

“Kadang saya terfikir, kenapa ada anak yang dah besar marah ibu sendiri? Saya harap Mulan tak jadi macam saya dulu, yang selalu marah mak saya.

“Saya cuma harap dia akan terus sayang saya… dan tak benci saya bila dia besar nanti,” katanya sebak.

Perkongsian ikhlas pelakon itu menyentuh hati netizen yang rata-rata memuji kejujurannya sebagai seorang ibu.

@pama.my

Ketika ditanyakan adakah dirinya mahu merancang kehidupan Lyla Mulan Teh, Datin Atikah memberitahu dia sentiasa mahukan yang terbaik. Namun, dia sedar bahawa apa yang seorang ibu rasakan terbaik untuk anaknya, belum tentu itu yang terbaik buat mereka. Kata Atikah lagi, dia hanya menginginkan yang terbaik dan berharap agar suatu hari nanti, Mulan tidak akan membenci dirinya kerana hal itu. Saksikan video penuh Borak Pa&Ma bersama Datin Atikah Suhaime jam 4.30 petang ini di Facebook dan YouTube Pa&Ma! #BorakPaMaSpecial #HariIbu2025 #majalahpama #AtikahSuhaime

♬ original sound – Pa&Ma – Pa&Ma

Sumber: TikTok PaMa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 23 Sep 2020
Featured Fri, 17 Mar 2023
Selebriti Tue, 7 Nov 2023
Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Wow…Tiket Konsert Hujan X Kugiran Masdo Laku Macam Goreng Pisang Panas!

Difahamkan setakat ini, 1000 keping tiket sudah habis dijual. Untuk anda yang belum bepeluang mendapatkan tiket, sila lakukan dalam kadar segera! Pihak penganjur juga akan cuba menambah kapasiti ruangan namun bergantung kepada permintaan tiket.

Trending Mon, 26 Mar 2018

Haruan Makan Anak! Gadis OKU Mangsa Rogol Bapa Sendiri

Sebaik dihubungi pihak sekolah, kakaknya pulang ke rumah bagi memeriksa sebelum terkejut apabila melihat bapanya sedang merogol adiknya di dalam bilik mangsa.

Hiburan Sat, 27 Dec 2025

Akui Cemburu Ramai Kawan Dah Kahwin, Leona Harap Tahun 2026 Bertemu Jodoh

Kasih Iris Leona bersedia nak kahwin, cemburu ramai kawan sudah bergelar isteri

Hiburan Fri, 1 Jun 2018

Tudung Makin Singkat, Kini Giliran Mira Filzah Kena Kutuk

Namun, normal lah jika dikatakan setiap artis pasti akan terpalit dengan beberapa kontroversi lebih-lebih lagi netizen diluar sana

Hiburan Tue, 21 May 2019

Kalau Jadi BBNU, Siti Nurhaliza Pilih Naim Daniel!

Wow, mesti happy habis kan Naim. Terbaiklah!

error: Content is protected !!