Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 27, 2025 @ 5:20pm

Mahkamah Sahkan Pernikahan Marissa & Aslam Di Thailand

Status perkahwinan pempengaruh Marissa Dania Hakim dan Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid yang berlangsung di Songkhla, Thailand, akhirnya disahkan sah oleh Mahkamah Rendah Syariah hari ini.

Keputusan itu diumumkan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak terlibat dalam prosiding berkenaan.

Menurut peguam pasangan itu, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, permohonan anak guamnya diluluskan di bawah Seksyen 23(1A), melibatkan pengesahan poligami di luar negara tanpa kebenaran rasmi.

“Alhamdulillah, pernikahan mereka kini disahkan sah dan langkah seterusnya adalah untuk didaftarkan di Malaysia secepat mungkin,” katanya.

Sebelum ini, pasangan tersebut hadir ke mahkamah sama pada 5 Mei lalu bagi tujuan prosiding siasatan dan pengesahan nikah.

Bagaimanapun, prosiding berkenaan ditangguhkan berikutan kesilapan teknikal ketika mengisi borang.

Kisah perkahwinan Marissa dan Aslam mula menjadi tular selepas mereka didakwa bernikah secara rahsia di Thailand pada 27 Disember 2023 tanpa pengetahuan ahli keluarga dan isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan, yang ketika itu sedang menunaikan umrah.

Perkahwinan secara senyap itu mencetuskan kontroversi di media sosial dan menarik perhatian ramai susulan status Marissa sebagai figura popular dan anak kepada bekas pasangan pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi serta usia mudanya, 20 tahun.

Untuk rekod, Aslam, 26, dan Umisya mendirikan rumah tangga pada Julai 2020 dan kini mempunyai tiga cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3, serta seorang bayi perempuan yang baru berusia tiga bulan.

Marissa pula sebelum ini pernah melalui pengalaman perit apabila kehilangan bayi yang dilahirkan pramatang pada Ogos tahun lalu.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 31 Aug 2019

Mad August八周年演唱会!刘力扬摇滚助阵首唱跨国合作单曲

大马摇滚乐团Mad August出道8周年首办『FIGHTER 』演唱会,化身摇滚战士为本地摇滚音乐不死而战,邀得中国原创女歌手刘力扬前来助阵,奋力演出让现场粉丝『敢。动』嗨翻。

Featured Sun, 17 Mar 2024

Ifa Raziah Akur Penarikan Diri Ruhainies  – “Harap Semua Berpuas Hati”

Kesian Ruhainies, ramai nampaknya yang boikot ek😱😱😱

Hiburan Fri, 29 May 2026

Yusry Sebak Dengar Ucapan Lisa Surihani Dari Tanah Suci, Titip Doa & Kata-Kata Penuh Kasih

Lisa turut meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian suaminya yang kembali mencuri perhatian menerusi hasil lakonan yang mendapat sambutan positif daripada penonton.

Trending Tue, 7 May 2019

辣妈边生孩子边化妆!阵痛时就由丈夫代劳

在车上化妆已经不算什么!一名来自纽约的化妆师为了保持完美形象,在等待生产时竟然边忍着阵痛边化妆。

Hiburan Thu, 28 Jul 2022
Hiburan Tue, 16 Jan 2024
Hiburan Thu, 24 May 2018

Maaf…Belum Sedia Tambah Zuriat

Kos hidup dan barangan anak-anak juga mahal pada masa kini. Untuk menambah zuriat, banyak aspek perlu diambil kira dengan teliti…

Featured Fri, 9 Dec 2022

[VIDEO] “Suddenly My Handphone ‘Hang'” – Siti Nurhaliza ‘Speechless’ Jumpa Gordon Ramsay

Comel je gelagat Siti Nurhaliza ni ekk 🥰🥰 Macam tu jugak la reaksi kita bila jumpa TokTi 🤪🤩🤣

error: Content is protected !!