Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal May 16, 2018 @ 6:44pm

5 Tanda Kucing Menghidap Kanser Atau Sebaliknya

penyakit kanser ini bukanlah penyakit khusus untuk manusia sahaja. Ia juga menjadi punca kematian terutama kepada haiwan-haiwan belaan seperti kucing dan anjing.

Yang bezanya, haiwan-haiwan ini tidak boleh memberitahu penyakit kanser yang dialami. Bagaimanapun haiwan ini seperti kucing boleh menunjukkan tanda-tanda bahawa ia mungkin menghidapi penyakit kanser.

Jadi bagaimana anda sebagai pemilik kucing mahu mengenal pasti sama ada kucing anda menghidap kanser atau sebaliknya? Ini 8 6tanda-tandanya :

1. Sering menyorok atau menghilang secara kerap

Kucing memang gemar bersembunyi atau berada bersendirian di tempat-tempat tertentu. Bagaimanapun anda perlu lebih peka sekiranya kucing anda kerap sahaja menghilang, gemar bersembunyi seperti berada di bawah katil atau di tempat-tempat yang sukar dicapai. Ia mungkin sedang memberi isyarat kepada anda mengenai kesihatannya.

Menurut Dr. Jakel Zaidel, pengasas Hospital Haiwan Malta di Amerika Syarikat, kebanyakkan pemilik haiwan yang hadir menerima rawatan di hospital miliknya memaklumkan kucing mereka kurang bersosial dan tidak mahu makan seperti biasa apabila berada dalam keadaan sakit.

Walaupun perubahan tingkah laku ini tidak seratus peratus menandakan kucing anda menghidap kanser, namun ia petanda bahawa anda perlu membawa kucing tersebut berjumpa dengan Veteriner.

2. Hilang berat badan

Kehilangan berat badan adalah simptom utama yang ditunjukkan oleh kucing yang menghidapi penyakit kanser. Menurut Dr. Zaidel, kucing yang kehilangan berat badan seringkali menghidapi penyakit tumor gastrointestinal.

”Jika kucing anda pada kebiasaannya sangat menikmati makanan, namun berubah dan tidak mahu lagi menikmati makanan yang disediakan, ia petanda yang perlu dirisaukan,” katanya.

Namun begitu katanya, ada juga kucing yang terkena kanser namun tidak menunjukkan tanda-tanda hilang selera makan.

3. Perubahan pada bahagian mulut

Timbul biji-biji kecil seperti jerawat, benjolan, bau yang aneh, pendarahan, atau perubahan warna gusi boleh menjadi tanda bahawa kucing anda menghidapi penyakit kanser mulut, terutama untuk kucing yang sudah tua. Malangnya, ramai pemilik kucing tidak menyedari tanda-tanda yang ditunjukkan oleh kucing mereka hinggalah ia sudah pun terlambat.

”Kami seringkali menemui tanda-tanda fizikal kucing yang menghidapi penyakit kanser mulut kerana tuan mereka tidak memeriksa atau mengambil berat tanda-tanda tersebut,” ujar Dr. Zaidel.

4. Pendarahan hidung

Pendarahan hidung pada kucing bukan suatu perkara yang remah terutama jika ia dialami oleh kucing tua kerana ia tanda kepada berlakunya kanser hidung pada haiwan tersebut.

Jika ia dialami oleh kucing yang lebih muda, ia mungkin bukan berpunca daripada penyakit kanser, sebaliknya kemungkinan besar ada objek asing yang masuk ke dalam atau merosakkan rongga hidung kucing anda.

5. Cirit-birit atau perubahan habit ketika berhadas

Cirit-birit seringkali dialami oleh kucing, namun sekiranya ia dialami secara kerap atau berterusan untuk tempoh tertentu, maka ia adalah tanda yang perlu diberi perhatian serius. Penggunaan kotak pasir secara kerap, kelihatan sukar untuk berhadas atau ada kesan darah pada najis atau air kencing adalah tanda-tanda lain kucing anda menghidapi kanser.

Anda juga perlu sentiasa memerhati muntah kucing, sama ada ia disebabkan bola bulu ataupun sebaliknya.

Sumber : Reader Digest

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 19 Feb 2023
LIFESTYLE Sat, 18 Aug 2018

Penyebab Uban Tumbuh Di Rambut

Rambut uban tidak tumbuh dengan sendirinya , Rambut hitam yang berada dikepala sebenarnya yang berubah menjadi lebih putih

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

The Void Avengers Damage Control Pastinya Luar Biasa!

Pengalaman virtual realiti yang memang gempak!

LIFESTYLE Mon, 30 Sep 2019

Simptom Anak Lambat Cakap

Ada diantara simptom ini boleh dinampak secara terangan dan ada yang tidak. Jadi luangkan lebih masa untuk memerhati

Automobile Tue, 24 Dec 2019
Events Thu, 17 Nov 2022
LIFESTYLE Sun, 13 Oct 2019

Sesetengah Juling Boleh Dirawat Sebelum Usia 6 Tahun

Permaisuri Kongsi Pengalaman Juling Masa Kecil

LIFESTYLE Sat, 30 Dec 2017

5 Peralatan Elektrik Penyebab Bill TNB Tinggi

Selalu dapat bill TNB harga mencanak, apa kata praktiskan tips ini .

LIFESTYLE Fri, 9 Aug 2019

Beg Lebih Kecil Dari Tapak Tangan Tapi ..

Harganya Boleh Buat Luruh Jantung

Fab Foodies! Wed, 26 Sep 2018

9种咖啡揭露9种性格,你爱喝哪一种?

咖啡是一种风靡全球的流行饮品,而咖啡的种类也是让人眼花缭乱。但你知道吗?不同种类的咖啡也有着不同的含义……

error: Content is protected !!