Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 29, 2025 @ 4:22pm

[VIDEO] “Dia Bukan Punca Saya Hijrah Ke Sana…” – Ben Amir Hangat Dilamun Cinta Dengan Gadis Filipina

Pelakon popular, Ben Amir, akhirnya membuka kisah peribadi apabila mengakui hatinya kini sudah dimiliki oleh seorang wanita berasal dari Filipina.

Ketika ditemui XTRA, Ben atau nama penuhnya Muhammad Amir Sabaruddin, 35, mendedahkan bahawa dia sedang menjalin hubungan cinta bersama wanita tersebut sejak dua tahun lalu.

Namun begitu, mereka masih dalam fasa saling mengenali dan belum membuat sebarang keputusan serius.

“Saya berkenalan dengannya ketika berada di Filipina. Hubungan kami masih di peringkat mengenal hati budi. Baru dua tahun berkenalan, jadi buat masa ini, kami ambil pendekatan perlahan-lahan,” ujarnya.

Bagaimanapun, pelakon drama Honey-moon ini menafikan keputusannya untuk berhijrah ke Filipina adalah disebabkan wanita berkenaan.

“Dia bukanlah punca utama saya berhijrah ke sana. Perancangan untuk berpindah memang telah lama difikirkan. Ia bukan kerana seseorang, tetapi kerana saya ingin membina kehidupan baharu yang lebih baik.

“Sebagai seorang lelaki, saya perlu sentiasa meningkatkan diri baik dari segi kerjaya mahupun ketahanan mental. Saya anggap penghijrahan ini sebagai satu langkah naik taraf yang besar,” jelasnya lagi.

Ben turut berkongsi perancangannya yang kini sedang dalam proses untuk membina sebuah vila di Pulau Siargao, selain merancang untuk menceburi bidang perniagaan dengan membuka sebuah restoran di pulau terkenal tersebut.

“Saya bercita-cita untuk buka restoran dan membangunkan sebuah vila. Bukan mudah untuk memulakan sesuatu di negara orang, apatah lagi di sebuah pulau. Tetapi itu adalah cabaran yang saya suka.

“Saya mahu membina kerjaya baharu di luar bidang lakonan. Segalanya masih dalam peringkat awal, namun insya-Allah kami sasarkan ia akan siap sepenuhnya sama ada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan,” katanya yang turut mengakui kini menikmati kehidupan yang lebih tenang dan bahagia di sana.

Artikel Berkaitan: Hina Siargao Akan Musnah Dilanda Taufan, Ben Amir Naik Angin – “Manusia Memang Suka Cakap Benda B*doh”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 Dec 2023
Featured Tue, 16 Dec 2025
Hiburan Tue, 28 Oct 2025

PU Riz Tegur Netizen Suka Bercakap Perihal Orang Lain – “Satu Kalimat Boleh Bawa Ke Neraka, Diam Lebih Baik”

PU Riz sempat menitipkan pesanan kepada netizen untuk tidak kritik fizikal orang

Hiburan Fri, 18 May 2018

Izreen Azminda Bersyukur Kerana Masih Laku?

Namun, bagi Izreen sendiri tawaran yang datang setelah beliau dihimpit kontroversi sejak November lepas dianggap sebagai rezeki dan beliau tidak mahu sama-sekali mengambil peduli cakap-cakap orang disekeliling beliau

Hiburan Thu, 12 Jul 2018

Wak Doyok Pilih Gadis Biasa Bukan Artis

Sebelum ini, Wak Doyok pernah dikaitkan dengan model jelita Indonesia, Malika Askarova dan bekas personaliti TV3 Azrinaz Mazhar Hakim.

Hiburan Thu, 2 May 2019

尤长靖任饥饿30爱心大使!联手宣明会对抗饥饿贫穷

马来西亚世界宣明会正式委任歌手尤长靖担任2019年「饥饿30」爱心大使,与世界宣明会联手对抗饥饿与贫穷。

Hiburan Fri, 30 Nov 2018

吴可熙《灼人秘密》升格编剧!宋芸桦、夏于乔首度同台飙戏

久违两年未有新作品的导演赵德胤,日前推出电影《灼人秘密》并找来「零血缘双胞胎」宋芸桦和夏于乔,首度合作引发影迷热烈关注。

Hiburan Wed, 9 Jan 2019
error: Content is protected !!