Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 29, 2025 @ 6:33pm

“Nedim Hanya ‘Soulmate’, Tak Ada Perancangan Rujuk Sebagai Suami Isteri” – Nora Danish

Pelakon popular, Nora Danish menepis dakwaan yang mengatakan dia dan bekas suami, Nedim Nazri akan kembali rujuk sebagai suami isteri.

Menurut Nora, atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 43, hubungan rapat mereka hanyalah sebagai bekas pasangan yang masih mengekalkan silaturahim yang baik.

“Saya rasa mungkin keakraban kami membuatkan orang keliru atau salah faham. Sejujurnya, Nedim memang betul-betul ‘soulmate’ saya. Kami memang tak boleh bersama tapi kami faham sesama sendiri,” katanya.

Nora berkongsi perkara ini ketika ditemui pada pelancaran koleksi baharu Amber Oasis Abaya di Glasshouse, Seputeh pada Rabu.

Nora diumumkan sebagai duta bersama dua selebriti lain, Amyra Rosli dan Amira Othman.

Tambah pelakon drama bersiri Langit Ketujuh ini, tiada sebarang perancangan untuk kembali bersama sebagai suami isteri dan hubungan mereka kekal harmoni serta saling menghormati.

“Keadaan kami begini, masih baik. Kami masih mengekalkan hubungan positif kerana kami pernah hidup bersama dan kami memahami sesama sendiri, itu sahaja, tidak lebih dari itu. Memang tiada langsung perancangan untuk rujuk, cuma kami selesa dengan keadaan hubungan kami ini,” katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai peluang untuk kembali berkahwin, ibu kepada dua cahaya mata lelaki itu tidak menolak kemungkinan tersebut, namun mengakui dirinya masih belum bersedia.

“Buat masa ini, saya berada dalam fasa untuk mengenali diri dan mendekatkan diri dengan Allah. Memang saya banyak mendekati juga golongan ustaz, habib, maulana untuk saya mengisi ruang hati saya yang kosong ini,” jelasnya.

Menurut Nora, walaupun ada individu yang ingin mendekatinya dengan niat untuk berkahwin, dia memilih untuk meletakkan sempadan kerana belum bersedia untuk berumah tangga sekali lagi.

“Sejujurnya, memang ada yang mahu mendekati saya untuk berkahwin. Cuma saya ada letakkan Batasan kerana saya masih belum bersedia untuk berkahwin. Fokus saya sekarang ini adalah untuk mengenali diri saya sahaja. Kalau Allah berikan saya jodoh, saya tak mahu terburu-buru dalam mengejar perkahwinan seterusnya hanya kerana saya sunyi,” katanya.

Untuk rekod, Nora dan Nedim bercerai pada Jun lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum berpisah pada tahun 2008.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Events Fri, 29 Nov 2019

Lofa Nafi Kahwin Tahun Depan

Orang cantik macam Lofa, mesti orang selalu sibuk nak suh kawin kan? Eh!

Hiburan Wed, 25 Mar 2026

Hubungan Dengan Anak Sulung Masih Dingin, Nourul Depp Dakwa Wujud Campur Tangan Pihak Ketiga Cuba Menghasut

Terdahulu, hubungan Nourul dan anak sulungnya menjadi perhatian ramai apabila didakwa renggang sejak tahun 2023

Events Thu, 23 May 2019

#SetulusIkhlas : Check In Kampung Bersama Skuad A!

Jangan lupa juga ikuti perkembangan dan info terkini check in kampung di Tangkak Johor pada weekends ni tau!

Hiburan Wed, 25 May 2022

Aishah Gembira Solo, Tak Fikir Kahwin Lagi – “Kalau Ada Calon, Kena Dapat…”

Datuk Aishah gembira solo, tidak terfikir untuk kahwin lagi.

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Elfira Loy Akhirnya Undur Diri

Justeru itu, El terpaksa mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur kerana keadaan beliau tidak mengizinkan. Malah, beliau juga terpaksa melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik yang berhampiran.

Hiburan Fri, 8 Nov 2019
Featured Sun, 12 Mar 2023

JHEAT Sahkan Ustaz Azhar Idrus Tiada Tauliah Di Terengganu

UAI telah dipanggil sebanyak tiga kali oleh JHEAT untuk menjalani proses temuduga pemegang tauliah

error: Content is protected !!