Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 30, 2025 @ 6:54pm

“Kena Hentam, Dipijak Tapi Tetap Diam Demi Jaga Aib” – Enot Reda Hilang Sahabat 

Pelakon dan pelawak popular, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, tampil membuka cerita sebenar mengapa dia memilih untuk menyepi daripada sebarang kenyataan ketika berdepan kontroversi sebelum ini.

Dalam satu temu bual eksklusif bersama Melodi, Enot menjelaskan keputusan untuk berdiam diri bukan kerana kecewa dengan industri seni, sebaliknya demi menjaga maruah pihak lain.

“Bukan sebab merajuk atau tawar hati dengan dunia hiburan. Saya menyepi waktu saya patah kaki. Kebetulan masa itu ada isu hangat yang tengah viral.

“Saya takut kalau saya terlalu marah, nanti saya terbuka aib orang. Benda yang tak patut pun boleh terkeluar. Jadi saya pilih untuk diam dan simpan sendiri. Lebih baik begitu, agar saya tak jadi seperti mereka yang mendedahkan aib orang lain,” katanya.

Tak Dendam, Tapi Tak Mahu Bergaduh Lagi

Meskipun menerima pelbagai tanggapan negatif, Enot menegaskan dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap mana-mana pihak.

“Tak ada dendam. Cuma saya dah penat nak bertekak. Bila asyik berbalah, takkan habis. Saya banyak memendam perasaan, banyak yang saya telan.

“Kadang-kadang orang nampak saya saja yang salah, tapi tak mengapa… saya manusia biasa, tak lari dari buat silap.

“Masa itu saya dipijak kiri kanan, dihentam netizen dengan macam-macam komen. Tapi saya hadap dan telan semuanya,” katanya jujur.

“Dia Lebih Dari Sahabat, Saya Anggap Macam Keluarga”

Berkongsi lanjut, Enot turut menyentuh soal hubungannya dengan seorang sahabat yang pernah rapat dengannya selama 20 tahun yang diibaratkan seperti keluarga sendiri.

“Orang luar tak tahu, saya sayang dia macam darah daging. Saya yang selalu ingat tarikh-tarikh penting dia, sebab saya terlalu kasihkan dia.

“Bila hubungan renggang, saya rasa macam putus saudara. Bukan putus kawan, tapi putus macam adik-beradik. Saya anggap dia macam emak, macam kakak.

“Rasa sayang itu masih ada. Sebab itu saya padamkan api marah. Saya simpan semua dalam hati, jadikan kenangan. Kalau ada yang kata saya tak sayang dia, itu bohong. Kami dah lalui suka duka hampir 20 tahun.

“Tapi tak mengapa, biarlah orang nampak saya yang jahat. Saya tetap maafkan dia. Saya cuma minta dia halalkan makan minum saya dan anak-anak,” luahnya dengan nada sebak.

Biarpun tidak lagi serapat dahulu, Enot menegaskan dia tidak pernah memutuskan tali persahabatan dengan individu berkenaan.

“Tak pernah potong kek persahabatan. Saya tak suka sebab ia seperti memutuskan silaturahim. Saya cuma anggap kami sekarang hanya kawan biasa.

“Jumpa, senyum, tegur ‘hi bye’, lepas tu masing-masing bawa haluan. Itu lebih baik daripada kenal luar dalam dan akhirnya bergaduh.

“Biarlah kita simpan yang indah-indah saja,” katanya lagi.

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 18 Jun 2025

Ameerais, Mariam OIAM Berpadu Suara Dalam ‘Puaskah’

Lagu berkonsepkan balada pop ini menampilkan naratif menyentuh jiwa

Trending Sun, 22 Jul 2018

Haruan Makan Anak, Budak Empat Tahun Dijadikan Pemuas Nafsu Bapa Sendiri!

Ajar si kecil anda dan terangkan bahagian private part yang tak boleh disentuh. Untuk para isteri di luar sana, sayangkan suami janganlah sampai kalau dia rogol anak sendiri, anda masih mahu mempertahankannya. Ada akan fikiran, sila gunakan! Ish geramnya.

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

Tersalah Muatnaik Foto, Neelofa Mohon Maaf

Jangan kecoh-kecohkan keadaan, Lofa dah minta maaf tu…

Trending Wed, 28 Mar 2018

通往阴间路?惊见「幽灵列车」进站

中国内蒙古日前惊现一辆「幽灵列车」,监视器画面清楚地录下一辆透明列车进站的全过程,令人不寒而栗,引起许多网友讨论,认为这是开往阴间的火车,也有人觉得是平行空间。

Hiburan Wed, 15 May 2019

Adik Farid Kamil Terkejut Abang Dipenjara

Harap semua pihak faham & beri kami ruang…

Gaya Hidup Thu, 22 Aug 2024

RASA ‘FLAGSHIP’ HARGA MIDRANGE!!! Siri HONOR 200 Ciri-Ciri AI Canggih Dengan Spek Fotografi Unggul!

Ada berita baik bagi penggemar selfie dan fotografi! Korang tahu tak, HONOR 200 dah ada dipasaran Malaysia? Ala, telefon pintar dengan inovasi kamera terkini untuk tahun 2024? Tidak hanya memiliki keupayaan kamera yang menakjubkan dengan teknologi […]

Trending Fri, 22 May 2020

Mengejutkan! Wanita Ini Dijangkiti Covid-19 Sebanyak 8 Kali

So, jangan ambil mudah simptom yang mungkin biasa bagi korang okay

error: Content is protected !!