Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 30, 2025 @ 6:12pm

Tomok Muncul Dengan ‘Larut’, Single Terbaharu Sarat Jiwa & Simbol Kematangan

Penyanyi versatile, Tomok muncul kembali dengan single terbaharu berjudul ‘Larut’ hasil kolaborasi kreatif bersama A.R.T, Fai dan Amylea.

Diterbitkan oleh Alternate Records, lagu ini turut dijadikan runut bunyi (OST) bagi drama “Aku Bukan Ustazah 2” yang ditayangkan di TV3.

Menampilkan gabungan dua lagu lama yang diolah semula, ‘Larut’ membawa nafas baharu dalam genre pop rock.

Lagu ini mengisahkan  tentang cinta yang tidak kesampaian, namun disampaikan dengan emosi mendalam dan susunan muzik moden yang menyentuh perasaan.

Menurut Amylea selaku penerbit, proses penciptaan lagu ini melibatkan ‘pembedahan kreatif’ menyeluruh dari struktur melodi sehingga liriknya bertujua agar sesuai dengan gaya vokal Tomok.

Proses rakaman ambil masa 2 jam

Berkongsi lanjut, proses rakaman untuk single ‘Larut’  ini hanya mengambil masa dua jam sahaja.

Bagaimanapun, hasilnya cukup kuat untuk dijadikan simbol kematangan seni Tomok.

“Lagu ini dekat di hati saya. Setiap bait lirik membawa emosi yang dalam. Saya harap peminat dapat rasa apa yang saya rasa ketika merakamkannya,” ujar Tomok.

Dengan adunan muzik oleh Bajai dan sentuhan teknikal dari Huzai, ‘Larut’  tampil sebagai karya yang bukan sahaja menghibur, tetapi juga penuh makna.

Ia juga bukan sekadar lagu, tetapi bukti bahawa Tomok masih berbisa dan terus relevan dalam industri muzik tanah air.

Single ‘Larut’  kini boleh distrim di semua platform digital utama seperti Spotify, Apple Music dan YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 May 2018

Minyak Argan Penting Untuk Kulit Muka, Tapi Anda Tahukah Apa Fungsinya?

Minyak ini adalah kandungan penting di dalam banyak produk kecantikan sekarang.

Featured Tue, 18 Oct 2022

[VIDEO] Akui Saling Bertukar Cerita, Da’i Syed Berjumpa Individu Dakwa Cicit Nabi Muhammad Curi Perhatian – “Sucinya Wajah Mereka”

Ramai cemburu Da’i Syed berkesempatan berjumpa dengan Mawla.. Agaknya apa yang mereka borak ya?

Eat Travel Mon, 29 Oct 2018

Seronoknya Berenang Di Dalam Lautan Bunga Matahari. Cantik Sangat Untuk Instagram!

Jim Thompson lokasi ideal bagi mereka yang merancang percutian bajet hujung tahun ini!

Hiburan Tue, 30 Oct 2018

Cantiknya! Betul Ke Zulin Aziz Kahwin Pagi Ini?

Ia bukan gimik kerana lagu ini sudah lama siap dan patut dinyanyikan pada hari bahagia saya. Dengar tu, bukan gimik tau!

Trending Fri, 27 Mar 2020
Featured Fri, 10 Apr 2020

FK by Farah Khan, koleksi lebaran pada harga berpatutan buat penggemar fesyen

Koleksi ini diinspirasikan oleh keindahan Marrakech

error: Content is protected !!