Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 1, 2025 @ 2:11pm

“Bukan Dari Saya…” – Hael Husaini Nafi Sudah Bertunang Dengan Dayang Nurfaizah

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila tular satu video di TikTok yang mendakwa penyanyi Hael Husaini sudah melangsungkan pertunangan dengan Dayang Nurfaizah.

Meskipun wajah Hael tidak kelihatan jelas dalam rakaman berkenaan, ramai netizen tetap membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah buat pasangan itu.

Namun, Hael tampil menafikan perkara tersebut dan menjelaskan spekulasi itu langsung tidak datang daripadanya.

“Apa-apa yang keluar bukan daripada saya. Jadi kepada anda semua, doakan yang terbaik untuk Antonim Part 2,” katanya.

Hael berkongsi perkara itu ketika ditemui usai menjayakan showcase Hael Husaini Antonim Night yang berlangsung di Nero Event Space, PJPAC, 1 Utama E, malam tadi.

Mengulas tentang sikap peminat yang suka ‘menjodohkan’ dirinya dengan Dayang, penyanyi popular Jampi itu akui tidak mampu mengawal apa yang dimainkan oleh peminat.

“Sebagai artis, saya tak boleh halang apa yang peminat inginkan. Kita raikan je. Saya tak ambil terlalu serius pun.

“Fokus saya adalah pada kerjaya dan terus beri yang terbaik untuk semua yang menyokong perjalanan seni saya,” jelasnya lagi.

Untuk info, Antonim Part 2 merupakan sambungan kepada album Antonim yang mendapat sambutan hangat daripada peminat dan penggemar muzik tanah air.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Apr 2026
Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Trending Fri, 15 Jan 2021

Penuntut IPT, Pelajar Masuk Asrama Tak Wajib ‘Swab Test’

Kepada penuntut IPT, ambil maklum ye..

Featured Tue, 12 Aug 2025

Tindakan Noor Nabila Tunjuk Isyarat ‘L’ Pada El Rumi Dikritik

Raai yang menluahkan rasa kurang senang terhadap Noor Nabila.

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

Walau Berdua, Projek Lagu Baru Kool Masih On!

Kool bakal mengadakan sebuah showcase di Golden Palace, Restoran D’Saji Titiwangsa pada 25 April ini.

Featured Mon, 10 Jan 2022

Saintis Namakan Pokok Spesis Baru Leonardo DiCaprio

Sekumpulan saintis antarabangsa di Royal Botanic Kew Gardens London dan Herbarium Kebangsaan Cameroon telah memberi penghormatan kepada pelakon Hollywood terkenal, Leonardo DiCaprio yang juga merupakan aktivis alam sekitar dengan menamakan spesis pokok tropika baharu dengan […]

Events Mon, 13 Nov 2017

SIAPAKAH 12 FINALIS YANG BAKAL  MEMONOPOLI PENTAS AJL32? NANTIKAN!

Setelah tiga minggu berturut – turut disiarkan secara langsung dari Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Keputusan final itu telah diumumkan oleh Pengacara Muzik-Muzik iaitu Sherry Al-Hadad dan Hefny Sahad.

Hiburan Sun, 2 Feb 2025

DJ Kidd Jawab Emma Maembong Ada Dalam Hati

DJ Kidd jawab Emma Maembong ada dalam hati

error: Content is protected !!