Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin June 5, 2025 @ 11:06am

AIM24 Perkenal 3 Kategori Baharu, Ketepi Syarat Lama & Habuan Lebih Besar Menanti Pemenang

Selepas hampir tiga tahun menyepi, Anugerah Industri Muzik Malaysia bagi edisi ke-24 kembali (AIM24)  dan akan berlangsung pada 13 September depan di Arena of Stars, Genting Highlands.

Sebanyak tiga kategori baharu diperkenalkan iaitu Lagu Perpaduan Terbaik, Lagu Tradisional Terbaik, dan paling mencuri tumpuan, Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik.

Menurut Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM24, Rosmin Hashim, kategori baharu ini diwujudkan bagi mengiktiraf karya-karya tempatan yang sebelum ini terpinggir daripada pencalonan disebabkan syarat-syarat lama.

“Kita lihat semakin banyak kolaborasi hebat melibatkan artis dan komposer luar negara. Namun sebelum ini, tiada kategori yang sesuai untuk lagu seperti Masing-Masing nyanyian Ernie Zakri.

“Sayang sekali apabila karya sebegitu tidak dapat dipertandingkan. Jadi, kita wujudkan kategori baharu ini sebagai satu bentuk pengiktirafan terhadap usaha dan kreativiti bakat tempatan yang meneroka pasaran luar,” katanya.

Dalam ada itu, inisiatif ini sama sekali bukan bertujuan mengetepikan komposer atau karyawan tempatan. Sebaliknya, ia dirangka sebagai usaha membuka ruang kolaborasi yang lebih luas merentasi sempadan negara termasuk pasaran besar seperti China dan India dalam usaha memperluas capaian serta pengaruh muzik Malaysia ke peringkat global.

“Langkah ini bukan bertujuan membelakangi komposer dan karyawan tempatan. Malah, hanya dua kategori sahaja diwujudkan bagi mengiktiraf karya luar selebihnya kekal memberi fokus kepada bakat dalam negara,” jelasnya.

Pemenang terima dana DKK bernilai RM200,000

Mengulas lanjut, penganjuran AIM24 kali ini turut menerima suntikan dana daripada Kementerian Komunikasi Malaysia berjumlah RM700,000, satu peningkatan signifikan berbanding RM320,000 pada edisi sebelum ini.

Dana di bawah program Dana Kandungan Kreatif (DKK) MyCreative Ventures itu akan disalurkan kepada 11 pemenang bagi memperkasa penghasilan kandungan kreatif bermutu tinggi.

Dan, pemenang kategori Album Terbaik pada AIM24 bakal menerima Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM200,000.

Antara 11 kategori itu ialah Artis Baru Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik, Lagu Perpaduan Terbaik, Lagu Tradisional Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Terbaik, Album Terbaik dan Video Muzik Terbaik.

“Kami amat menghargai sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan MyCreative Ventures. Dana ini bukan sekadar insentif, tetapi pemangkin untuk melonjakkan kandungan muzik kita ke tahap lebih tinggi,” ulasnya.

Rosmin turut menegaskan bahawa penganjuran AIM akan kembali menjadi acara tahunan bermula tahun ini, walaupun skala penganjuran bergantung kepada sokongan penajaan.

“Cabaran utama adalah kos tetapi kami sepakat untuk adakan AIM setiap tahun. Jika tidak berskala besar, kita laksanakan dalam skala lebih kecil.

“Apa yang penting, anugerah ini mesti ada kerana ia sangat dinantikan oleh penggiat industri,” ujarnya lagi.

60 hingga 70 juri bebas dilantik

Menjunjung prinsip ketelusan, Rosmin turut memaklumkan bahawa seramai 60 hingga 70 juri bebas akan dilantik merangkumi pelbagai bidang kepakaran, termasuk pakar filem untuk kategori video muzik.

“Penjurian adalah proses telus. Markah akan diaudit sebelum diumumkan. AIM bukan sekadar anugerah, tetapi satu penghormatan yang ditentukan oleh pengamal industri muzik itu sendiri. Justeru, nilainya sangat tinggi,” katanya.

Pencalonan AIM24 dibuka bermula 4 Jun hingga 4 Julai 2025 untuk lagu atau album yang diterbitkan antara 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2024. Penyertaan boleh dihantar secara atas talian menerusi laman web rasmi AIM.

AIM24 menyenaraikan 31 kategori anugerah termasuk Lagu Rock Terbaik, Video Muzik Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik, serta Anugerah Sri Wirama. Pengumuman lima calon akhir setiap kategori dijangka pada Ogos 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Aug 2019

916本地星同唱庆马来西亚日!邓智彰亲自操刀爱国主题曲

《哈咯!马来西亚爱国音乐会》19个单位歌手轮番上阵,唱响916马来西亚日的夜空!

Hiburan Tue, 3 Jul 2018

Sam Smith Putus Cinta Dengan ‘Kekasih’

Akui Sam, dia sudah putus cinta dengan pasangan sejenis, pelakon siri 13 Reasons Why, Brandon Flynn.

Hiburan Fri, 4 Jan 2019

Tahniah! Ziela Jalil Bakal Timang Cucu Pertama

Tahniah, mesti comel bayi itu nanti! Kami doakan agar urusan Datuk Ziela Jalil sekeluarga lancar hendaknya.

Featured Mon, 25 Nov 2024

Nina Ismail Sabri Kini Sah Jadi Suri Hati Hafiz Osman

Usahawan Nina Ismail Sabri akhirnya kembali menjadi isteri kepada jejaka pilihan hati, Hafiz Osman.

Trending Thu, 23 Aug 2018

整容般的化妆技术「大婶一秒变女神」

市面上除了有越来越多厉害的化妆品外,女孩们的化妆术也更强大啦!近日在抖音上又有一用户放了堪称整形前后对比的美妆影片,这到底有多厉害呢?

Featured Tue, 17 May 2022
Featured Wed, 30 Nov 2022
error: Content is protected !!