Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 5, 2025 @ 4:58pm

Dikritik Gara-Gara Mahu Lelaki Jaga Solat, Nadia Brian Sindir Netizen – “Alhamdulillah… Rupanya Yang Mengecam Semua Ahli Syurga”

Pelakon jelita, Nadia Brian tetap meluahkan rasa syukur meskipun menerima kecaman hebat daripada netizen susulan kenyataannya mempersoalkan kewujudan lelaki bujang yang menjaga solat, berkerjaya serta memiliki akhlak yang baik.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Nadia mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet yang mempertikaikan kenyataannya, malah ada yang menyelar penampilannya dikatakan tidak seiring dengan ciri-ciri lelaki idaman yang dimahukannya.

Bagaimanapun, Nadia enggan melatah atau mengambil hati dengan segala kritikan yang dilemparkan.

Sebaliknya, dia memilih untuk kekal tenang dan menerima teguran dengan hati terbuka, apatah lagi dalam bulan mulia ini.

“Cakaplah lagi, kecamlah lagi, kutuklah lagi, fitnahlah lagi… Tak apa. Alhamdulillah. Di hari baik ini, semoga doa orang yang teraniaya terus diangkat Allah SWT.

“Alhamdulillah… sekarang saya tahu, rupanya ahli-ahli syurga yang suka kecam saya itu memang sudah sah masuk syurga.

“Dan baru saya tahu juga, pendosa seperti saya ini tak layak berdoa. Hanya yang suka mengecam, memfitnah dan mengutuk saja yang boleh berdoa. Tak mengapa, Alhamdulillah,” katanya dengan nada sinis.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai netizen tampil memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada pelakon Sekam Di Dada itu, agar terus kuat dan tidak mengendahkan pandangan negatif segelintir pihak.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 18 Oct 2019
Trending Wed, 20 Jan 2021

Selangor Umum Pakej Khas Bantu Rakyat, Fokus Kepada B40, Warga Emas Dan Mahasiswa

Pakej Kita Selangor pastinya memberi banyak kebaikan buat rakyat!

Hiburan Mon, 10 Jun 2024

Tahniah! Raja Farah Selamat Bersalin Anak Keempat  

Alhamdulillah! Tahniah Raja Farah

Featured Thu, 13 Oct 2022

Isu Habib Lempar Duit Pada Jemaah, Umie Aida Bagi Penjelasan

Haa sebab apa Habib tu lempar duit eh?

Hiburan Thu, 15 Aug 2024
Events Mon, 2 Dec 2019

Resorts World Genting’s “Winter Wonderland” Is The Most Christmas Experience You’ll Ever Get In Malaysia!

A Christmas festival never seen before by Resorts World Genting featuring lights, ice-skates and musical show.

Hiburan Wed, 20 Nov 2019

Awal, Scha Kongsi Tip Cari Rumah Idaman

Misi Rumah Impian yang diarahkan Izuan Mokhtar akan menemui penonton setiap Rabu dan Khamis bermula 27 November ini, jam 9.50 malam di TV3.

error: Content is protected !!