Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 9, 2025 @ 2:10pm

Masih Diperli Netizen, Muntazar Ghufran Dedah Pernah Miliki Simpanan Cecah Ratusan Ribu

Pelakon, Muntazar Ghufran mendedahkan dia pernah memiliki simpanan mencecah ratusan ribu ringgit dalam akaun bank peribadinya.

Perkara itu dikongsi Muntazar ketika membalas komen sinis seorang individu di media sosial yang mempertikaikan jumlah RM500, kononnya tidak mencukupi untuk membeli lampin dan susu bayi.

Tidak berdiam diri, Muntazar dengan tenang membidas komen tersebut mengatakan dia reda apabila diuji oleh Allah SWT berhubung isu kewangan.

“Takkan saya nak beritahu berapa jumlah dalam akaun bank. Tapi saya pernah merasa simpanan ratusan ribu. Cuma mungkin sekarang Allah uji dengan sedikit rezeki, maka saya harus lebih bersyukur,” katanya menerusi ruangan komen tersebut.

Terdahulu, nama Muntazar menjadi perbualan hangat di media sosial selepas bekas tunangnya yang juga pelakon, Saidah Kamarudin mendedahkan punca perpisahan mereka adalah disebabkan masalah kewangan.

Saidah mendakwa Muntazar hanya mempunyai RM500 dalam simpanan.

Untuk rekod, pasangan itu bertunang pada Mei tahun lalu namun hubungan itu terputus di tengah jalan sekitar Oktober tahun sama.

@muntazaghufran

Eid-al-adha Mubarak🤲🏻

♬ suara asli – ANGGITA GAMING – ANGGITA GAMING

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 18 Jul 2025
Featured Sun, 18 Jun 2023
Hiburan Tue, 11 Dec 2018

#mentor7: ‘Kalau Boleh Saya Nak Megat Dan Pasya Ke Final Tapi Apakan Daya…’ Aizat Sebak Penyingkiran Protege

Ketiadaan Megat di dalam Mentor 7 bukan saja memberi kesan kepada saya dan Pasya malah seluruh pasukan produksi…

Featured Wed, 28 Sep 2022
Hiburan Thu, 6 Jan 2022

Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Artis Ternama Negara China Rakam Lagu Ciptaan Faizal Tahir

Satu pencapaian membanggakan buat karya tempatan apabila lagu X Missing You hasil ciptaan Faizal Tahir, Ja’a, Mage, Mike Chan, Tuju dan Yonnyboii diadaptasi dalam versi antarabangsa nyanyian penyanyi terkenal dari China dan Hong Kong iaitu […]

Hiburan Fri, 28 Jun 2019

‘Jangan Sorok Password’- Amyra Rosli Kongsi Tips Rumah Tangga

Kami selalu ingatkan diri masing-masing untuk membuang ego jauh agar isu tidak berpanjangan,

error: Content is protected !!