Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 12, 2025 @ 8:01pm

Syed Iqbal Menyerlah Dengan Basstamam, Lirik ‘Wahai Bulan Purnama’ Jadi Tumpuan di TikTok!

Penyanyi baharu, Syed Iqbal mencuri tumpuan ramai menerusi single sulungnya “Basstamam” yang dilancarkan di bawah label berteraskan keislaman, Masyhur, anak syarikat Universal Music Malaysia.

Sebelum ia dilancarkan secara rasmi, lagu tersebut telah mencetus fenomena di media sosial dengan lebih 20,000 ciptaan di TikTok dan ribuan di Instagram, sekali gus menandakan permulaan yang cukup memberangsangkan buat Iqbal.

“Basstamam” yang membawa maksud ketenangan dan kedamaian, tampil sebagai karya yang mengangkat nilai kasih sayang dan sokongan emosi dalam kehidupan yang serba mencabar.

Menyampaikan mesej tentang pentingnya memberi ketenangan kepada orang tersayang, lagu ini menyentuh hati ramai dengan susunan muzik yang lembut dan mendamaikan hasil ciptaan Amir Hufaz dan Wan Saleh, manakala lirik pula ditulis oleh Abdulkarim Al Ali bersama Wan Saleh.

Berkongsi tentang pengalaman rakaman, Syed Iqbal mengakui awalnya sedikit gugup, namun prosesnya berlangsung lebih mudah daripada jangkaan.

“Saya sangka rakaman akan menekan, tapi akhirnya ia jadi sangat seronok. Dalam masa dua jam, rakaman siap sepenuhnya,” katanya penuh teruja.

Lagu ini turut disokong dengan pelancaran video muzik rasmi yang menampilkan latar indah alam semula jadi. Walaupun penggambarannya mencabar, termasuk mendaki bukit dan bekerja dari pagi hingga petang, Syed Iqbal meluahkan rasa bangga dengan semangat dan dedikasi seluruh pasukan produksi.

Lebih menarik, “Basstamam” mencipta trend tersendiri di TikTok dikenali sebagai ‘Wahai Bulan Purnama’, di mana pengguna berkongsi perbezaan diri mereka dahulu dan kini, sebagai simbol perubahan positif dalam hidup. Lagu ini dengan pantas menjadi latar bunyi pilihan ramai untuk momen refleksi dan inspirasi.

“Saya harap lagu ini menjadi teman buat sesiapa yang sedang mencari ketenangan,” ujar Iqbal.

Kini boleh didengari di semua platform penstriman digital, “Basstamam” bukan sekadar lagu debut, tetapi juga satu usaha bermakna dalam menyampaikan mesej damai buat semua.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 May 2023
Trending Tue, 10 Apr 2018

9 Mei Cuti Peristiwa, Jom Turun Mengundi!

Perkara itu diumumkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi akaun rasmi Facebooknya selepas pengumuman tarikh-tarikh penting Suruhanjaya Pilihan Raya oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah di sini hari ini.

Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Walau Sibuk Dengan Penggambaran Filem Di Korea, Jaa Suzuran Tetap Komited Urus Sukan Pertarungan

Sepanjang penggambaran filem Tiket Sehala, mental dan fizikal Jaa Suzuran sentiasa bekerja keras membahagikan fokus antara lakonan dan komitmen menguruskan sukan tempur.

Hiburan Wed, 5 Apr 2023
Selebriti Sat, 1 Jun 2024
Featured Tue, 21 Mar 2023

Fail Nusyuz, Syamsul Yusof Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Suami Orang… Kesal Difitnah Abai Nafkah

Siapa yang boleh terima kalau mengetahui isteri kita ada berhubungan dengan suami orang?- Syamsul Yusof

Trending Tue, 12 Mar 2019

赛亚人穿水手服?网惊:童年崩坏了

七龙珠与美少女战士互换战袍,你接受到吗?

error: Content is protected !!