Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 18, 2025 @ 5:58pm

Netizen Teruja Syed Saddiq Makin ‘Power’ Buat Pickup Line – “Patutlah Awak Selalu Ada Dalam Mimpi Saya”

Gelagat pasangan popular, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sekali lagi menyorot perhatian ramai selepas beberapa video pendek yang telah disunting semula oleh peminat tular di platform TikTok.

Menerusi perkongsian video tersebut, Syed Saddiq dan Bella kelihatan merakamkan momen bersama berjudul, ‘ A Day With My Boss’.

Bagaimanapun, tindakan Syed Saddiq mencuri perhatian selepas dia bertanyakan soalan kepada Bella.

“Awak suka keluar malam kan? Jadi awak selalu tidur lambat lah.

“Sebab setiap malam awak ada dalam mimpi saya,” selorohnya.

Mendengar kenyataan tersebut, Bella kelihatan ttersenyum sambil tertunduk malu sekaligus, memaklumkan dia berasa lapar.

“Sekarang ni macam dah lapar lah… temankan saya makan boleh?,” soalnya.

Tidak habis disitu, pelantun lagu Lebih Indah Berpisah ini juga mengambil peluang mengusik Syed Saddiq dengan bertanyakan soalan mengenai masakannya.

“Masakan saya sedap ke ataupun masakan dekat tempat restoran kegemaran awak?,” katanya.

Namun, seperti sudah ‘masak’ dengan soalan-soalan Bella, Syed Saddiq bagaimanapun memberikan ‘pickup line’ sebagai  balasan kepada soalan tersebut.

“Mudah, mestilah masakan awak sedap.

“Sebab, masakan awak bukan setakat mengisi perut saya, tetapi mengisi hati sekali,” jelasnya.

@nizaaa.abil_ Bella & YB ni makin hari makin manis… min yang tengok ni pun dah tahap menggigil manja 🫠 Blushing tak berhenti, senyum sorang-sorang depan cermin Pihak hospital bahagia pun dah hantar surat jemputan. Diorang kata, Cik, awak dah terlalu invested,dah 7 bulan tak betul mari ikut kami pelan-pelan ya 😭🤣🧠❤️‍🔥 @Syed Saddiq @Bella Astillah #syedsaddiq #bellaastillah #fyp #trending #MuarSabah #bellasyedyes #couple #BASS #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Nizaaa.abil🤍✨

Sampai Korea YB bagi Pickupline

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 19 Jan 2021
Featured Sat, 9 Aug 2025

“Saya Tak Perlu Marah Sebab Tak Terkesan Pun” – Fazura Perjelas Dakwaan Over Sentuh Muka Rakan Artis

Fazura tampil memberi respon selepas dikritik kerana menyentuh wajah rakan artis.

Featured Mon, 27 Jun 2022

[VIDEO] “Demi Allah, Saya Tidak..” – Sharnaaz Ahmad Dedah Kejadian Sebenar Disebalik Kes Tumbuk Pengawal Keselamatan

Akhirnya, rupa-rupanya ini yang terjadi masa hari kejadian. Aduhai, kesian Sharnaaz 🥲

Trending Fri, 15 Nov 2019

Do You Know Why Your Perfume Fades Too Easily?

Little did you know, here are three common perfume mistakes that you may have been doing all this while.

Featured Tue, 12 Nov 2024

Ruhainies Mengaku ‘Penat’, Kini Digosip Pula Bercinta Dengan Azrel Ismail – “Joke Of The Day!”

Ruhainies mengaku penat dengan tindakan segelintir netizen yang suka menyebar fitnah terhadap dirinya.

Hiburan Fri, 19 May 2023
Featured Tue, 12 Aug 2025

“Manusia Paling Bahaya Adalah Mereka Yang Cemburu Dengan Kebahagiaan Orang Lain” – Nora Ariffin

Katanya, sebagai seorang isteri, adalah tanggung jawab untuk menghargai setiap pengorbanan suami.

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
error: Content is protected !!